Mamat, Wan Hasliza Wan
(2006)
Kesan inkontinens urin terhadap
Kualiti hidup warga emas di pondok Agama lubok tapah, Pasir Mas, Kelantan.
Documentation.
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Latar belakang kajian:- lnkontinens urin {IU) merupakan masalah kesihatan yang lazim
dialami oleh warga emas dalam masyarakat moden pada masa kini. Prevalen IU dalam
kalangan warga emas adalah berbeza bagi komuniti yang berlainan. Terdapat pelbagai
kesan negatif terhadap kualiti hid up yang disebabkan oleh kejadian IU. Objektif kajian ini
untuk mengkaji kesan keterukan IU terhadap kualiti hidup warga emas di Pondok Agama
Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan.
Metodologi:- Kajian dilakukan secara keratan lintang melalui kaedah persampelan
kesenangan. Seramai 120 orang responden ditemuramah secara bersemuka
berdasarkan borang soal selidik daripada King's Health Questionnaire (KHQ). Data
dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0.
Keputusan:- Secara keseluruhannya, prevalen IU dalam kalangan warga emas yang
berumur 60 tahun dan ke atas ialah 43°/o. Min umur responden ialah 72.9 tahun
(80=7.24). Semua responden yang mengalami IU terdiri daripada warga emas wanita
yang telah berkahwin. Majoriti responden 46.2%, melaporkan telah mengalami IU antara
1-5 tahun, 30.8% mengalaminya antara 1-12 bulan, 17.3o/o mengalaminya melebihi 5
tahun dan 5. 7o/o tidak pasti. Keputusan juga menunjukkan 67o/o respond en mengalami IU
pada tahap ringan, 29% pada tahap sederhana dan 4% pada tahap teruk. Analisis
menunjukkan tiada perkaitan yang signifikan antara faktor umur dengan kejadian IU. Bagi
domain kualiti hidup, didapati terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap keterukan
1 U terhadap domain fungsi dan domain tidur/tenaga sahaja. Kebanyakan respond en
mempercayai bahawa IU adalah sebahagian daripada proses penuaan dan mereka boleh
menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
Kesimpulan:- IU didapati dialami hampir sebahagian besar daripada warga emas yang
terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan mereka mengalami IU pada tahap ringan. Keterukan
IU yang dialami tidak mempengaruhi kualiti hidup mereka kecuali bagi domain fungsi dan
domain tidur/tenaga.
Actions (login required)
|
View Item |