Inkontinens urin:satu kajian tingkahlaku dalam kalangan wanita hamil

Arifin, Siti Roshaidai Mohd (2006) Inkontinens urin:satu kajian tingkahlaku dalam kalangan wanita hamil. Documentation. Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pengenalan: IU merupakan keadaan yang lazimnya dialami oleh wanita yang mana dianggarkan 25-40% daripada wanita menghadapi masalah ini. Proses kehamilan dikatakan sangat berkait rapat dengan prevalens IU. Namun, kajian terdahulu telah membuktikan bahawa IU bukan sahaja boleh berlaku semasa hamil malah boleh berterusan selepas kelahiran. Walaupun begitu, kebanyakan wanita yang mengalami IU menganggap ia sebagai suatu kejadian yang normal dalam kehidupan. Hanya segelintir daripada wanita yang mengalami IU mengadu masalah mereka kepada doktor. Objektif: Mengkaji perkaitan antara keterukan IU dengan tingkahlaku wanita hamil terhadap rawatan IU dan mengkaji perkaitan antara sikap wanita hamil dengan tingkahlaku terhadap rawatan IU serta mengetahui faktor- faktor lain yang mempengaruhi tingkahlaku mendapatkan rawatan. Metodologl: Kajian ini telah dilakukan terhadap 63 orang wanita hamil yang datang membuat pemeriksaan susulan di Klinik Antenatal HUSM. Pengambilan responden adalah secara persampelan tidak kebarangkalian berasaskan kesenangan iaitu mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang berada di Klinik Antenatal berdasarkan kepada populasi yang ada pada masa kajian di jalankan. Setiap responden diberikan masa selama 15-20 minit untuk menjawab soalan dan borang dikutip secara manual pada masa yang sama. Data-data telah dikumpul dan ditransformasi menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0. Keputusan: Hasil kajian ini menunjukkan daripada 63 orang responden, 43 orang responden mengalami IU dan hanya 9 orang (20.9%) daripada responden telah mendapatkan rawatan. Didapati faktor yang mempengaruhi tingkahlaku mendapatkan rawatan adalah keterukan IU (p = 0.014) dan keinginan mendapatkan rawatan (p = 0.022). Didapati juga sikap pemberi jagaan kesihatan (p = 0.000) dan sokongan ahli keluarga (p = 0.010) mempunyai perkaitan dengan keinginan mendapatkan rawatan. Rumusan: Lebih separuh daripada wanita hamil mengalami IU dan mengatakan mereka mahu mendapatkan rawatan. Malangnya, hanya segelintir pesakit sahaja yang datang mendapatkan rawatan. Oleh itu, peranan pemberi jagaan kesihatan perlu ditingkatkan dan penglibatan ahli keluarga adalah perlu dalam promosi kesihatan IU ini. Dengan usaha ini, diharapkan lebih ramai wanita yang menghadapi IU akan tampil mendapatkan rawatan.

Item Type: Monograph (Documentation)
Uncontrolled Keywords: kehamilan
Subjects: R Medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Article
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 08 Nov 2020 04:09
Last Modified: 08 Nov 2020 04:09
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/47874

Actions (login required)

View Item View Item
Share