Kesakitan kronik dan kesannya Ke atas aktiviti hidup seharian (ahs) Pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

Bee, Ching Bee Kesakitan kronik dan kesannya Ke atas aktiviti hidup seharian (ahs) Pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Documentation. Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pengenalan: Kesakitan kronik adalah kesakitan yang berlanjutan melebihi 3 bulan. Ia mempunyai kesan terhadap aktiviti hidup seharian (AHS) yang merangkumi tabiat pemakanan, tabiat eliminasi dan kebersihan diri, keupayaan bergerak, corak tidur, corak mandi, keupayaan pemakaian pakaian dan pekerjaan. Objektif: Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesakitan kronik yang paling teruk dan gangguan AHS yang dialami pesakit, mengetahui pengaruh psikologi dan penggunaan strategi bukan farmakologi terhadap gangguan AHS serta mengenalpasti perkaitan antara tahap kesakitan kronik dan tahap gangguan AHS. Metodologi: Borang soal selidik yang diubahsuai daripada City of Hope: Psychosocial Pain Assessment Form, Brief Pain Inventory (short form) dan McGill Pain Questionnaire yang diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia digunakan untuk mengumpul data. Seramai 54 pesakit di HUSM yang mengalami kesakitan kronik dan memenuhi kriteria kajian telah terlibat dalam kajian ini. Keputusan kajian: Pesakit dalam kajian ini majoritinya berumur antara 18-29 tahun, mengalami kesakitan bercorak sekejap/sementara dan setempat. Purata tahap kesakitan kronik pesakit adalah 5.69(min) dengan sisihan piawai 1.412 manakala tahap kesakitan kronik yang paling teruk adalah 8.17(min) dengan sisihan piawai 2.054. Pesakit dalam kajian ini mula mengalami gangguan AHS pada tahap kesakitan kronik yang sederhana (6.8l(min) dengan sisihan piawai 1.415) dan didapati gangguan bagi aktiviti keupayaan bergerak, corak tidur dan pekerjaan adalah pada tahap sederhana manakala gangguan sedikit bagi AHS lain. Perubahan psikologi yang kerap dialami adalah perasaan tertekan dan bimbang. Strategi bukan farmakologi yang kerap digunakan adalah berehat dan urutan. Melalui ujian korelasi, tahap kesakitan kronik didapati mempengaruhi tahap gangguan AHS, dengan p<0.05, kecuali keupayaan pemakaian pakaian (p>0.05). Kesimpulan: Tahap gangguan AHS didapati dipengaruhi oleh tahap kesakitan kronik, psikologi dan strategi bukan farmakologi yang digunakan. Jururawat memainkan peranan penting dalam menaksir dan menguruskan kesakitan pesakit dengan efektif.

Item Type: Monograph (Documentation)
Uncontrolled Keywords: Chronic pain
Subjects: R Medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 08 Nov 2020 03:38
Last Modified: 08 Nov 2020 03:38
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/47873

Actions (login required)

View Item View Item
Share