Nyumes, Mawar
(2006)
Tanggapan jururawat di HUSM terhadap pelajar Ijazah
Sarjana Muda Kejururawatan PPSK semasa di penempatan
klinikal.
Documentation.
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Pengenalan: Semasa pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan ditempatkan di
wad-wad medikal dan surgikal Hospital Universiti Sains Malaysia, pelbagai komen
telah diperolehi daripada jururawat berkaitan dengan tanggapan dan harapan mereka
terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan dari segi kemahiran,
pengetahuan dan sikap para pelajar. Namun begitu, daripada semakan bacaan yang
dilakukan didapati bahawa kurangnya kajian yang dilakukan untuk mengkaji
ekspektasi jururawat terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan semasa di
penempatan klinikal. Untuk itu satu kajian telah dibuat bagi mengkaji tanggapan
jururawat terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawatan semasa di penempatan
klinikal.
Objektif : - Kajian dilakukan untuk mengetahui tanggapan jururawat terhadap
pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan semasa di penempatan klinikal.
Metodologi kerja : - Kajian telah disertai oleh 35 orang jururawat di wad medikal ( 7
Selatan, 7 Utara) dan wad surgikal ( 4 Selatan, 4 Timur Depan, 2 Utara, 3 Utara)
Hospital Universiti Sains Malaysia. Antara kriteria inklusi adalah jururawat yang
bekerja di wad-wad medikal dan surgikal Hospital Universiti Sains Malaysia.
Pengambilan sampelnya dipilih secara kesenangan iaitu jururawat yang ada pada
masa kajian di jalankan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik. Data-data di
kumpul dan di proses menggunakan statistical package for social science (SPSS)
versi 11.0 dan analisa dilakukan secara deskriptif.
Keputusan : - Keputusan penyelidikan ini telah menunjukkan tanggapan jururawat
terhadap pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan adalah pada tahap yang baik
semasa di penempatan klinikal iaitu pelajar dianggap dapat menjalankan tugas dengan
pengawasan yang minimum ..
Kesimpulan : - Hasil keputusan penyelidikan ini telah menunjukkan satu tanggapan
jururawat terhadap pelajar ljazah Sarjana Muda Kejururawat semasa penempatan
klinikal di Hospital Universiti Sains Malaysia. Hasil dari penyelidikan ini juga, di
harapkan agar dapat membantu pelajar kejururawatan meningkatkan prestasi semasa
penempatan klinikal.
Actions (login required)
|
View Item |