Yusoff, Nor Adlin Md
(2005)
Biochemical characterization ·of 'kelulut'
(TRIGONA SPP) honey.
Project Report.
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Madu yang dihasilkan oleh lebah tanpa sengat, Trigona spp. dikenali sebagai
kelulut di Malaysia. Madu ini merupakan ubatan berharga dalam kalangan
masyarakat setempat dan digunakan untuk merawat beberapa janis penyakit. Madu
daripada kelulut dikatakan lebih berkesan berbanding madu yang dihasilkan oleh
lebah biasa. Antara kegunaan madu kelulut adalah untuk merawat gangguan sistem
penghadaman, batuk, tonsilitis, sakit tekak, ulser perut dan usus, kesejukkan,
penyakit pada kawasan mulut dan membran mukus serta sebagai pembalut luka.
Data saintifik mengenai madu kelulut di dalam jurnal adalah terhad. Sejajar dengan
itu, kajian ini dijalankan bagi menentukan ciri - ciri fizikal dan biokimia madu kelulut
dan juga menambah data saintifik berhubung madu kelulut.
Bagi pengkelasan fizikal, ciri - ciri seperti warna, pengkristalan, pH,
kespesifikan graviti, kelembapan dan kandungan abu ditentukan. Bagi pengkelasan
biokimia, madu kelulut dianalisis bagi menentukan kandungan gula, gula penurun,
protein dan lipid. Madu kelulut disediakan melalui teknik pencairan, menggunakan
faktor pencairan spesifik berdasarkan kaedah ujian yang digunakan. Kandungan
metal yang dikaji adalah kalsium (Ca), ferum (Fe), kuprum (Cu) dan zink (Zn).
Elemen- elemen ini dikaji dengan menggunakan 'atomic absorption spectroscopy'.
Keputusan yang diperoleh dibandingkan dengan nilai nutrisi madu
berdasarkan klasifikasi USDA. Kandungan gula penurun telah dikesan dalam jumlah
yang tinggi iaitu sebanyak 66.86%. Jumlah kandungan gula secara keseluruhannya
ialah sebanyak 73.81%.Kandungan protein dan lipid adalah rendah di dalam madu
kelulut iaitu sebanyak 7.86o/o bagi protein dan hanya 1 mg/ 100g bagi lipid. Metal
juga dikesan dalam kuantiti sedikit. Antara keempat - empat elemen yang dikaji,
kalsium merupakan elemen yang paling tinggi kandungannya di dalam madu dengan
nilai sebanyak 8. 07 mg/1 OOg.
Actions (login required)
|
View Item |