Sidek, Mohamad Ros
(2006)
Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Masters thesis, Pusat Pengajian Sains Perubatan.
Abstract
Sindrom Fragile X merupakan salah satu penyakit pewarisan yang paling kerap
menyebabkan keadaan kerencatan akal. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh
peningkatan jujukan trinukleotida ulangan (CGG) yang terletak dalam kawasan 5'
UTR gen FMR1 dan mengakibatkan perencatan fungsi gen ini. Sindrom ini juga
dikaitkan dengan fenomena tapak rapuh yang berlaku pada hujung lengan q kromosom
X akibat sifat sensitif kepada asid folik yang terletak pada kromosom X ( Xq27 .3) atau
simbolnya (FRAXA). Kajian ini dilakukan untuk menganalisis taburan aiel FRAXA
dalam populasi lelaki normal, pesakit dan ahli keluarga pesakit sindrom Fragile X
orang Melayu di Kelantan. Taburan aiel FRAXA dibandingkan dengan populasi lain.
Analisis struktur jujukan ulangan trinukleotida (CGG)n pada gen FMR1 dan lokus
mikrosatelit berhampiran kawasan ini turut dilakukan. Sejumlah 142 sampel darah
digunakan dalam kajian ini yang terdiri daripada 69 individu lelaki normal, 48 sampel
yang terdiri daripada pesakit terencat akal yang disyaki menghidap sindrom Fragile X
dan 25 sampel daripada ahli keluarga mereka. Ujian sitogenetik hanya dilakukan
kepada sampel pesakit sindrom Fragile X yang disaring secara klinikal bagi mengenal
pasti kewujudan tapak rapuh pada hujung q kromosom X (Xq27 .3). Ujian genetik
molekul dilakukan terhadap kesemua sampel kajian termasuk daripada individu
normal.
Melalui ujian sitogenetik, hanya 2 sampel (4.17%) menunjukkan tapak rapuh pada
hujung kromosom X (Xq27.3) daripada 48 sampel yang dikaji. Sebanyak 73 sampel
kajian terdiri daripada sampel pesakit terencat akal dan ahli keluarga diuji dengan
kaedah PCR bagi menentukan bilangan jujukan ulangan trinukleotida (CGG). 18
sampel (37.50% daripada sampel pesakit) gagal diamplifikasi dan berkemungkinan
mengalami mutasi penuh. 55 sampel (75.34% daripada 73 sampel kajian)
menunjukkan saiz ulangan jujukan trinukleotida (CGG) bervariasi. Taburan jujukan
ulangan trinukleotida (CGG) di kalangan 69 orang individu lelaki normal didapati
berbeza dengan beberapa kajian yang telah dilakukan dalam populasi lain. Keadaan ini
berkemungkinan disebabkan wujudnya mutasi baru dalam populasi yang dikaji.
Analisis terhadap taburan aiel FRAXACl dan DXS548 menunjukkan tiada perbezaan
yang signifikan di antara individu normal dan pesakit sindrom Fragile X. Ini
menunjukkan tiada kesan aiel pengasas (founder effect) diperhatikan dalam populasi
kajian. Namun begitu analisis haplotaip (DXS548-FRAXAC1) menunjukkan
perbezaan yang signifikan di antara individu normal dan pesakit Sindrom Fragile X,
menunjukkan kehadiran 'haplotaip pelindung' dan 'haplotaip pengasas' dalam
populasi kajian. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini menyimpulkan bahawa ujian
genetik molekul sesuai dan boleh dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia
(HUSM). Kajian ini juga mencadangkan agar satu projek penyaringan perlu dilakukan
di kalangan pesakit terencat akal bagi menentukan punca sebenar penyakit tersebut dan
akan dapat membantu ahli keluarga serta pihak hospital merangka kaedah pengurusan
pesakit sindrom Fragile X dan ahli keluarga yang terlibat dengan lebih efektif. Hasil
kajian ini juga dapat dibangunkan di HUSM bagi tujuan diagnosis dan menyokong
kaunseling genetik Sindrom Fragile X.
Actions (login required)
|
View Item |