Zahareiman, Azman
(2017)
Persepsi Masyarakat Melayu Islam Patani Terhadap Gerakan Pembebasan Patani: Satu Kajian Kes Di Daerah Bacho, Narathiwat.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk memahami persepsi masyarakat MIP terhadap GPP dan mengenal pasti tahap sokongan, pengaruh dan harapan masyarakat MIP terhadap GPP. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi dua data utama iaitu data primer dan data sekunder. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan tiga kaedah kualitatif iaitu melalui soal selidik, pemerhatian dan temu bual untuk mendapatkan data primer. Kaedah soal selidik dilakukan melalui pengagihan borang soal selidik kepada responden. Kaedah pemerhatian pula dilakukan melalui dua cara iaitu melalui pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Manakala dalam kaedah temu bual, penyelidik menjalankan temu bual
secara mendalam untuk mendapatkan maklumat responden. Data sekunder diperolehi melalui kajian perpustakaan. Data-data yang diperolehi akan dianalisis dengan
menggunakan analisis kandungan menerusi kerangka konseptual.
Actions (login required)
|
View Item |