Kong, Siew Fong
(1998)
Kemampuan Perumahan Dalam Pembandaran Satu Kajian Kes Di Perumahan Kos Rendah Desa Permai, Indah Sungai Dua.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Banyak kajian sosio-ekonomi lalu menunjukkan bahawa fenomena pembandaran
telah menyebabkan penumpuan sekumpulan besar penduduk berpendapatan
sederhana dan rendah di bandar. Permintaan perumahan kumpulan penduduk ini
adalah tertekan disebabkan ketakmampuan pembayaran kos perumahan apatah lagi
harga rumah meningkat dengan pesat; kekurangan harta cagaran dan pendapatan yang
layak mendapat sumber ptnJaman perumahan serta pembekalan perumahan yang
mereka mampu beli atau rumah kos rendah adalah terhad. Ekorannya, dasar
perumahan negara yang bermatlamat menjaga kebajikan masyarakat khasnya
kumpulan berpendapatan rendah menyebabkan setiap rancangan lima tahun
memperuntukkan sebilangan rumah kos rendah yang besar. Akan tetapi,
ketidakberkesanan pihak kerajaan dalam menyediakan rumah kos rendah dan
memberi galakan kepada pihak swasta mengakibatkan terJadimya peningkatan harga
rumah kos rendah. lni telah menimbulkan ketidakpuasan pihak awam dan isu ini
sering diambil kesempatan oleh ahli-ahli politik.
Actions (login required)
|
View Item |