Sopi, Saiyid Radzuwan Syed (2020) Enka pada zaman kontemporari : cabaran dan masa depannya. In: International Conference on Teacher Education 2020, September 14, 2020, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
|
PDF
Download (204kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti mengapakah kerajaan Jepun melihat enka sebagai satu hiburan klasik yang perlu dikekalkan identitinya walaupun proses globalisasi dan pemodenan telah berjaya meresap masuk ke dalam kehidupan masyarakat dan budaya Jepun. Selanjutnya, seni kata enka seperti あなた (anata), お前 (omae), 恋 (koi) dan 愛(ai) akan dipilih dengan teliti mengikut jantina dan proses ini penting untuk menarik minat pendengar secara konsisten. Lagu enka sengaja dicipta dengan diiringi muzik yang begitu mengasyikkan dan semua ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi identiti tradisional enka. Dari sudut psikologi, kealpaan rakyat boleh dipertingkat dengan melibatkan mereka dengan pelbagai hiburan yang begitu mengasyikkan dan daripada faktor tersebut, rakyat tidak akan begitu mempedulikan perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | J Political Science > JC Political theory > JC571-605 Purpose, functions, and relations of the state |
Divisions: | Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Conference or Workshop Item Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Saiyid Radzuwan Sghalib @ Syed Sopi (Distance Education) Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Conference or Workshop Item |
Depositing User: | Administrator Automasi |
Date Deposited: | 17 Sep 2020 09:55 |
Last Modified: | 08 Dec 2020 07:55 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/47147 |
Actions (login required)
View Item |