Haji Harun, Ahmad Najib
(2004)
Malaysian Mesdaq Venture Capital Firms:
Signaling Variables Of Firm Value.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Tujuan kajian empirik ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang boleh memberi isyarat dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat dengan menggunakan data bagi 37 buah firma yang tersenarai dalam bursa saham MESDAQ. Data yang digunakan untuk tujuan kajian ini diekstrak dari prospektus syarikat yang diterbitkan untuk paparan umum sebelum tawaran awam permulaan (Initial public offering -
IPO). Pembolehubah-pembolehubah berkenyataan yang dipilih sebagai pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar adalah, bilangan paten, bilangan ahli di bahagian penyeiidikan dan pembangunan, bilangan sekutu, pendapatan tahunan, nisbah hutang terhadap ekuiti, nisbah aliran wang masuk tunai terhadap jualan, tahap terkurang harga "underpricing", minat pemilik, firma biayaan modal terokal firma bukan biayaan model teroka, dan firma teknologi maklumatlfirma bukan teknologi maklumat.
Actions (login required)
|
View Item |