Herman, Nurazynie
(2019)
Kemiskinan Multi Dimensi: Pengkategorian Kemiskinan Golongan B40 Di Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pada masa ini, kemiskinan bandar sering dialami oleh isi rumah B40. Isi rumah B40 merupakan golongan berpendapatan rendah dan seramai 2.7 juta isi rumah B40 masih tergolong dalam golongan B40. Oleh itu, dalam keadaan Malaysia yang semakin membangun seiring negara-negara lain isi rumah B40 tidak wajar dipinggirkan untuk turut sama menikmati peluang yang terhasil daripada kemakmuran negara. Dalam usaha membasmi kemiskinan, semua pihak perlu melihat kemiskinan dari segi multi dimensi yang mana pengukuran Alkire dan Foster (2011) diguna untuk mengenal pasti isi rumah B40 yang miskin. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti empat dimensi untuk melihat kemiskinan yang dialami oleh isi rumah B40 iaitu demografi, ruang, ekonomi dan sosial yang merangkumi 10 indikator. Kajian ini dijalankan ke atas 268 isi rumah di bandar Bayan Baru, Pulau Pinang dengan menggunakan kaedah soal selidik, temu bual secara spontan dan pemerhatian. Kaedah kuantitatif seperti analisis faktor, kaedah silang (crosstab), frekuensi dan kaedah Alkire dan Foster (Kaedah AF) juga digunakan untuk proses menganalisis. Keputusan kajian mendapati selain faktor ekonomi, faktor sosial dan ruang juga menjadi punca kemiskinan B40. Oleh itu, untuk mencapai matlamat membasmi kemiskinan. Pendekatan yang lebih tepat perlu dilaksanakan agar masalah ini dapat diselesaikan mengikut keperluan dengan cara menambahbaik kaedah pelaksanaan strategi yang sedia ada. Maka, kajian ini dapat membantu pihak berwajib menambahbaik kaedah pelaksanaan yang sedia ada agar dapat mencapai hasrat kerjaan dan SDG untuk mencapai sifar miskin.
Actions (login required)
|
View Item |