Kesan Pengajaran Berasaskan Isu Sosiosaintifik (Pbiss) Ke Atas Kemahiran Pemikiran Kritis, Kesedaran Metakognisi Dan Penaakulan Sosiosaintifik Guru Pelatih Sains

Munip, Hairiah (2019) Kesan Pengajaran Berasaskan Isu Sosiosaintifik (Pbiss) Ke Atas Kemahiran Pemikiran Kritis, Kesedaran Metakognisi Dan Penaakulan Sosiosaintifik Guru Pelatih Sains. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (685kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengajaran berasaskan isu sosiosaintifik (PBISS) ke atas kemahiran pemikiran kritis, kesedaran metakognisi dan penaakulan sosiosaintifik terhadap guru pelatih pengkhususan sains di sebuah Institut Pendidikan Guru. Dalam kajian ini, sebuah modul pembelajaran dibina berasaskan Model Konseptual PBISS sebagai panduan intervensi PBISS. Kajian ini melaksanakan kaedah kajian kuantitatif berasaskan reka bentuk Pra-eksperimen: Ujian Pra-Ujian Pos Satu Kumpulan dan melibatkan temubual sebelum dan selepas intervensi PBISS. Kesan PBISS ke atas variabel pemikiran kritis dan kesedaran metakognisi diukur melalui ujian pra, ujian pos dan ujian pos lanjutan manakala kesan PBISS ke atas variabel penaakulan sosiosaintifik diukur melalui ujian pra dan pos serta temubual pra dan temubual pos. Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi memilih 50 orang guru pelatih dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pengkhususan Sains untuk menjalani intervensi PBISS. Dua orang pensyarah kursus Sains, Teknologi dan Masyarakat terlibat secara kolaborasi sebagai fasilitator semasa pelaksanaan intervensi PBISS. Ujian Pemikiran Kritis dalam Pendidikan Alam Sekitar digunakan untuk mengukur pemikiran kritis guru pelatih terhadap isu sosiosaintifik.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Access full text: Off Campus Log In Via OpenAthens
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 24 Jun 2020 07:30
Last Modified: 24 Jun 2020 07:30
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46606

Actions (login required)

View Item View Item
Share