Hala Tuju Tulisan Jawi Di Selatan Thailand: Kajian Di Sekolah Menengah Agama Rakyat

Yamasi, Abdulrahman (2019) Hala Tuju Tulisan Jawi Di Selatan Thailand: Kajian Di Sekolah Menengah Agama Rakyat. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (828kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kedudukan dan hala tuju masa depan tulisan Jawi di wilayah Selatan Thailand. Khususnya, kajian akan djalankan di lapan buah sekolah menengah agama rakyat yang terletak di Yala, Pattani dan Narathiwat. Kajian ini juga bertujuan mendapatkan gambaran sebenar kedudukan, perkembangan dan tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama rakyat yang dipilih. Bagi mencapai matlamat dan tujuan tersebut, penyelidikan ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Data dan maklumat mengenai pengurusan, pengendalian, dan perkembangan tulisan jawi di sekolah-sekolah yang terlibat diperoleh secara langsung melalui kaedah soal selidik dan juga temu bual. Di samping itu, kajian perpustakaan digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi menyokong analisis dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kedudukan dan perkembangan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah agama rakyat di Selatan Thailand sedang menghadapi kemerosotan yang membimbangkan semua pihak. Majoriti pelajar tidak dapat menguasai tulisan jawi pada tahap yang baik dan memuaskan kerana beberapa isu dan cabaran yang boleh dijelaskan dari aspek faktor dalaman dan faktor luaran di sekolah yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, hala tuju masa depan tulisan jawi di wilayah Selatan Thailand boleh dirumuskan sudah hampir berada pada satu tahap yang diancam kepupusan pada masa hadapan. Justeru, sewajarnya kajian ini dapat menyumbang pengetahuan baharu yang berguna kepada semua pihak agar dapat bertindak segera untuk mengatasi isu ini.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Access full text: Off Campus Log In Via OpenAthens
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 24 Jun 2020 07:22
Last Modified: 24 Jun 2020 07:22
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46605

Actions (login required)

View Item View Item
Share