Vendrick, Regina Simba and Mahamod, Zamri (2019) Facebook sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ayat gramatis dalam kalangan murid lemah Bahasa Melayu. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 275-285. ISBN 9789674614331
|
PDF
Download (814kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan membincangkan penggunaan facebook sebagai medium pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat gramatis dalam kalangan murid tahun enam di sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah kecil Debak, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membina dan menulis ayat gramatis sekaligus meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan. Kajian ini juga bertujuan melihat kesan penggunaan facebook sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah terhadap keputusan peperiksaan murid. Kajian yang didasari oleh teori Pembelajaran Behaviorisme ini dan disokong oleh Model Penerimaan Teknologi Davis merupakan sebuah kajian tindakan yang menggunakan facebook sebagai alat alternatif untuk mengatasi masalah murid yang lemah membina dan menulis ayat gramatis dengan menambah Teknik ‘SALAK’ sebagai elemen rangsangan. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid tahun enam yang lemah menguasai kemahiran menulis ayat gramatis. Instrumen yang digunakan adalah analisis dokumen seperti buku latihan, nota lapangan, skrip jawapan latihan di facebook, gajet atau komputer mempunyai rangkaian jalur lebar, ujian awal dan ujian akhir. Triangulasi terhadap instrumen dilakukan untuk kesahan dan kebolehpercayaan data. Data kajian ini diperoleh secara kualitatif dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga peserta kajian memberikan tindak balas yang sangat positif terhadap pembelajaran menggunakan facebook. Dapatan juga menunjukkan bahawa penguasaan murid dalam menulis ayat gramatis Bahagian A bahasa Melayu Penulisan juga meningkat dalam ujian akhir yang dijalankan sekaligus meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan. Kajian ini memberi implikasi kepada murid, ibu bapa, dan bidang pendidikan terutama dari aspek kesediaan guru mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pemudahcaraan pada zaman Revolusi Industri 4.0 ini.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar |
Divisions: | Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 17 Apr 2020 07:23 |
Last Modified: | 21 Jul 2020 02:13 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/46550 |
Actions (login required)
View Item |