Shanmugam, Parameswary and Sarudin, Anida (2019) Perbandinagan nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu dan peribahasa tamil : analisis teori hibrid. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 255-264. ISBN 9789674614331
|
PDF
Download (757kB) | Preview |
Abstract
Nilai moral memberi gambaran untuk membentuk sikap positif dan pemikiran yang tinggi dalam kalangan pelajar. Kertas ini mengetengahkan konsep nilai kerajinan yang dilihat dalam peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil. Peribahasa secara umumnya dapat merakamkan keadaan, sifat, kejadian, peristiwa dan nilai dalam kehidupan; termasuklah nilai kerajinan yang menjadi elemen penting dalam memupuk peradaban masyarakat. Nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu meliputi daya usaha, ketekunan, menepati masa dan cermat dalam melaksanakan tugas. Begitu juga dalam peribahasa Tamil yang memiliki nilai dan falsafah tersendiri. Namun begitu, budaya dan konteks kehidupan masyarakat yang berbeza menjadi faktor dalam mewujudkan persamaan dan perbezaan dari sudut nilai dan falsafah peribahasa. Permasalahan ini membuka ruang kepada penyelidik dalam usaha mengkaji susur-galur perbandingan nilai dan falsafah kerajinan antara peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil menerusi analisis Teori Hibrid yang dipelopori oleh Markus Tendahl (2009). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif, iaitu melibatkan analisis kandungan. Instrumen senarai semak digunakan bagi mengenal pasti pencirian elemen kerajinan dalam kedua-dua peribahasa. Fokus diberikan kepada enam data peribahasa pada aras sekolah rendah iaitu tiga data peribahasa Melayu dan tiga data peribahasa Tamil. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai slot kosong dalam rantau konsepsi ruang mental masyarakat Melayu dan India berdasarkan peribahasa yang dikaji. Pengisian slot-slot kosong ini juga diteguhkan dengan beberapa konsep ad-hoc yang dapat memperjelas konteks peribahasa dalam kedua-dua budaya, sekaligus menyerlahkan dimensi nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu dan Tamil. Penggunaan Teori Hibrid menunjukkan satu corak baharu dalam literatur kajian perbandingan antara falsafah peribahasa Melayu dan Tamil. Analisis kajian juga mendapati konsep ad-hoc yang digunakan dalam peribahasa Melayu dan Tamil berbeza mengikut akal budi masyarakat Melayu dan India.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar |
Divisions: | Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 16 Apr 2020 03:10 |
Last Modified: | 16 Apr 2020 03:10 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/46549 |
Actions (login required)
View Item |