Penguasaan morfologi Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid melayu Sarawak

Bujang, Jamayah and Khalid, Fariza (2019) Penguasaan morfologi Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid melayu Sarawak. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 172-184. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (682kB) | Preview

Abstract

Kajian ini memfokuskan penguasaan morfologi (kata ganti nama, kata adjektif, kata majmuk, kata sendi nama, dan kata pemeri) dalam kalangan murid Melayu Sarawak. Kajian ini dijalankan di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di luar bandar Sarawak dengan melibatkan 100 orang murid sebagai sampel kajian. Reka bentuk kajian melibatkan kajian kuantitatif serta analisis dokumen. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini melibatkan kertas ujian penilaian Bahasa Melayu Menengah Rendah, borang soal selidik, serta temu bual bagi proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sampel kajian masih lemah dalam penguasaan morfologi dan memerlukan bimbingan berterusan daripada guru bahasa Melayu. Data memperlihatkan pencapaian kata sendi nama berada pada tahap rendah serta diikuti dengan penguasaan kata pemeri, kata ganti nama, serta kata majmuk pada tahap sederhana. Manakala, penguasaan kata adjektif berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati punca berlakunya kelemahan dalam menguasai morfologi Bahasa Melayu adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda dalam pembelajaran formal dan komunikasi seharian. Ini disokong oleh guru yang menyatakan bahawa masih terdapat pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan murid. Justeru, usaha perlu dipertingkatkan lagi oleh guru dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid bahasa kedua terutama di kawasan luar bandar agar murid tidak ketinggalan dalam penguasaan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat menengah rendah.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 09 Apr 2020 02:33
Last Modified: 09 Apr 2020 02:40
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46539

Actions (login required)

View Item View Item
Share