Kajian pelanggaran prinsip kerjasama Grice dalam Rancangan Muzikl Lawak Superstar (2019)

Wan, Wan Azni Mohamad and Yusoff, Nur Faraliana Mohd and Ghani, Nor Hayati Abd and Husain, Fauzilah Md (2019) Kajian pelanggaran prinsip kerjasama Grice dalam Rancangan Muzikl Lawak Superstar (2019). In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 160-166. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (787kB) | Preview

Abstract

Bahasa merupakan alat komunikasi penting dalam interaksi seharian. Komunikasi berkesan semasa perbualan bergantung pada kerjasama antara pihak yang terlibat untuk menghasilkan tuturan yang mudah difahami dan dapat diterima. Kejayaan berkomunikasi dapat dianalisis menggunakan pelbagai prinsip berkaitan tatacara perbualan. Prinsip-prinsip tersebut mengariskan syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak yang terlibat dalam perbualan untuk memastikan kelancaran komunikasi. Salah satunya ialah Prinsip Kerjasama Grice (1975). Menurut Grice, pihak yang terlibat dalam perbualan akan dapat berkomunikasi dengan baik apabila mereka mematuhi prinsip kerjasama yang meliputi empat maksim, iaitu masksim kuantiti, kualiti, relevan dan cara. Interaksi semasa perbualan akan menjadi kurang lancar sekiranya peserta gagal mematuhi maksim-maksim tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti pelanggaran maksim Prinsip Kerjasama Grice oleh peserta rancangan hiburan baharu realiti Muzikal Lawak Superstar (2019) semasa persembahan mereka. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis perbualan persembahan peserta. Data perbualan peserta diperoleh daripada dua episod rancangan tersebut yang telah disiarkan di saluran televisyen Astro Warna bermula pada bulan Jun 2019. Data yang dianalisis meliputi persembahan 14 kumpulan lawak yang bertanding dan pengacara dalam rancangan tersebut. Kaedah penelitian meliputi memuat turun data daripada laman sosial YouTube, mentranskripsi perbualan peserta semasa persembahan dan menganalisis serta mengklasifikasikan perbualan berdasarkan empat maksim Grice. Penelitian dilakukan oleh tiga orang penyelidik. Hasil kajian menunjukkan berlaku pelanggaran prinsip kerjasama yang meliputi keempat-empat maksim, iaitu maksim relevan, kualiti, kuantiti dan cara.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 08 Apr 2020 08:27
Last Modified: 09 Apr 2020 02:56
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46538

Actions (login required)

View Item View Item
Share