Pemerosesan wanita dewasa pekak melalui analisis neuropsikolinguistik

Nasir, Siti Noridayu Abd. and Halim, Hazlina Abdul and Nizam, Sharil (2019) Pemerosesan wanita dewasa pekak melalui analisis neuropsikolinguistik. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 130-137. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (797kB) | Preview

Abstract

Cacat pendengaran atau pekak merupakan salah satu masalah yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Lazimnya, orang pekak mengalami masalah dalam sistem pendengaran yang menyebabkan mereka tidak dapat menangkap butir percakapan daripada orang lain. Bagaimanapun, terdapat orang pekak yang juga bisu dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, orang pekak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. Walaupun, masalah pekak juga dikaitkan dengan faktor usia tetapi pekak juga boleh dialami secara semula jadi kepada manusia sejak lahir. Oleh itu, kajian ini memfokuskan pemerolehan bahasa oleh seorang wanita dewasa pekak yang mengalami kecacatan ini sejak lahir. Selain itu, kajian ini bertujuan memperjelaskan proses neurologi manusia dengan masalah dalam pemerolehan bahasa wanita pekak. Malahan, kajian ini menerapkan aplikasi teori Interaksionalis yang dipelopori oleh Bloom (1970), Bowennan (1973), Gromer (1976) yang berpendapat bahawa kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa. Oleh yang demikian, teori yang mementingkan komunikasi ini sesuai untuk menerapkan kajian terhadap wanita dewasa yang hanya mengalami masalah pekak sejak lahir. Maka, kajian ini mempunyai peri pentingnya untuk meneliti sejauh mana tahap pemerolehan bahasa wanita pekak bagi dalam komunikasi seharian. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat menjadi rujukan dan membantu penyelidikan tentang masalah berkaitan aspek linguistik manusia pekak pada masa akan datang.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 07 Apr 2020 07:29
Last Modified: 09 Apr 2020 02:49
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46534

Actions (login required)

View Item View Item
Share