Pendekatan kemahiran berfikir aras tinggi menerusi pemetaan metafora konsepsi dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan Bahasa Melayu

Sharwinthiran, Thavarajahi and Sarudin, Anida (2019) Pendekatan kemahiran berfikir aras tinggi menerusi pemetaan metafora konsepsi dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan Bahasa Melayu. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 117-129. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (707kB) | Preview

Abstract

Kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi murid yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu amat dititikberatkan, terutamanya dalam penulisan karangan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menerusi pendekatan Metafora Konsepsi diperkenalkan bagi meneliti idea dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan bahasa Melayu oleh pelajar-pelajar tingkatan lima. Kajian ini menggunakan pendekatan Metafora Konsepsi menerusi teori Semantik Kognitif yang diperkenalkan oleh George Lakoff & Mark Johnson (1980). Teori ini menggagaskan proses pemetaan yang abstrak kepada konkrit menerusi Metafora Konsepsi di samping mewajarkan proses metonimi yang terhasil menerusi pemetaan Metafora Konsepsi tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Seramai tiga orang pelajar yang dipilih secara persampelan bertujuan untuk terlibat dalam kajian ini bagi menilai bahagian pendahuluan hasil karangan mereka berdasarkan kepada analisis elemen KBAT menerusi pendekatan Metafora Konsepsi. Instrumen senarai semak diaplikasikan sebagai metode analisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemetaan idea dalam penulisan pendahuluan karangan pelajar melibatkan pelbagai jenis Metafora Konsepsi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar telah membina idea pendahuluan dalam karangan jenis perbincangan dengan mengaitkan latar pengetahuan yang berhubung kait dengan pengalaman badaniah. Menerusi kajian ini, elemen KBAT yang menjadi inti pati penting dalam kurikulum negara dapat dihayati dari perspektif interdisiplin, iaitu dalam bidang Pendidikan dan bidang Semantik secara tidak langsung. Kajian berasaskan pendekatan Metafora Konsepsi bukan sahaja dapat membantu guru-guru dalam meneliti hubungan antara elemen KBAT dengan konteks kognitif pelajar, malahan dapat menjadi garis panduan bagi mengesan idea kreatif dan kritis dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan bahasa Melayu.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 07 Apr 2020 07:15
Last Modified: 09 Apr 2020 02:49
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46533

Actions (login required)

View Item View Item
Share