Makna Ujaran Tak Langsung “Baguslah” dalam Dialog antara Watak

Zainal, Muhammad Zuhair and Rahman, Md. Baharuddin Hj. Abdul (2019) Makna Ujaran Tak Langsung “Baguslah” dalam Dialog antara Watak. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 68-72. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (650kB) | Preview

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk membincangkan makna ujaran tak langsung “Baguslah.” dalam dialog antara watak. Dialog tersebut diambil daripada skrip drama Gendang Kosong hasil tulisan Usman Awang. Perbincangan ini mengaplikasikan ilmu pragmatik berdasarkan Prinsip Makna dalam Interaksi (Thomas, 1995). Teknik analisis dokumen digunakan untuk meneliti ujaran yang terpilih. Hasil penelitian menunjukkan bahawa makna ujaran “Baguslah” yang digunakan dalam dialog antara watak yang terdapat dalam skrip drama Gendang Kosong bukan merujuk kepada makna leksikal, tetapi maknanya merujuk kepada makna konteks dan makna niat penutur. Ujaran tak langsung tersebut digunakan bukan hanya bertujuan untuk menyampaikan sesuatu makna atau niat secara berselindung dan menjadikan sesuatu bahasa lebih menarik, tetapi digunakan oleh penutur untuk bersantun dan menjaga air muka pendengar.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 06 Apr 2020 02:58
Last Modified: 09 Apr 2020 02:45
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46525

Actions (login required)

View Item View Item
Share