Penyebaran nasal homorganik dalam dialek Melayu Semenanjung

Hasrah, Mohd Tarmizi (2019) Penyebaran nasal homorganik dalam dialek Melayu Semenanjung. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 60-67. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (773kB) | Preview

Abstract

Dokumentasi dan pemerian mengenai gejala nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu di Semenanjung memang sudah kerap dilakukan, dan antara pengkaji yang paling awal melakukannya ialah Nik Safiah (1966, 1967). Walau bagaimanapun, dokumentasi dan pemerian yang sedia ada ini memperlihatkan kekurangan dari dua segi: (i) tidak menyeluruh kerana hanya terbatas pada dialek-dialek tertentu; dan, (ii) analisisnya tidak berupaya menyerlahkan hubungan sejarawi yang boleh menjadi dasar kepada penentuan hipotesis tentang asal usul gejala tersebut, dan kemungkinan kewujudan rangkaiannya, kerana terhad kepada aspek sinkronik. Makalah ini adalah satu usaha untuk menangani kedua-dua kekurangan yang dinyatakan ini. Maka, yang dibincangkan di sini ialah satu tinjauan yang bersifat umum mengenai penyebaran nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu yang terdapat di Semenanjung. Setelah memaparkan gejala tersebut secara deskriptif, makalah ini berusaha untuk tiba pada pemaparan mengenai perkembangan nasal homorganik, seperti yang diperlihatkan oleh dialek-dialek yang dikaji. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, makalah ini menerapkan pendekatan dialektologi diakronik yang secara khusus memberi keutamaan kepada aspek inovasi dan retensi. Makalah ini menarik satu kesimpulan penting bahawa rumus nasal homorganik yang dicadangkan oleh para pengkaji lampau gagal beroperasi dalam beberapa kes, khususnya di Hulu Pahang. Selain itu, makalah ini juga mendapati bahawa gejala nasal homorganik berupaya menyerlahkan perkembangan dialek-dialek Melayu di Semenanjung secara bertahap. Dapatan kedua ini bermaksud dialek-dialek ini membentuk satu rantaian sambung-menyambung, maka menolak pengelompokan berdasarkan rajah pohon.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 03 Apr 2020 06:31
Last Modified: 09 Apr 2020 02:44
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46523

Actions (login required)

View Item View Item
Share