Amiruddin, Khairul Izzat and Hassan, Hasmidar (2019) Analisis pragmatik kesantunan dan ketaksantunan bahasa dalam perbahasan Parlimen 2018. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 44-51. ISBN 9789674614331
|
PDF
Download (779kB) | Preview |
Abstract
Kajian aspek kesantunan berbahasa dan ketaksantunan berbahasa di Malaysia banyak tertumpu pada komunikasi pelajar dan mahasiswa, komen-komen di laman Facebook dan rancangan bual bicara di televisyen dan novel. Namun, belum ada kajian yang memanfaatkan sidang perbahasan parlimen yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen Malaysia. Walaupun ada yang mengkaji perbahasan parlimen, namun aspek yang dikaji adalah tentang penggunaan frasa yang samar, teknik perdebatan dan teknik perundingan. Justeru, kajian ini mengambil langkah untuk mengkaji aspek kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan parlimen atas dasar ahli-ahli majlis ini merupakan wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Sebagai wakil rakyat dengan gelaran ‘yang berhormat’, jangkaan rakyat ialah individu ini berperibadi mulia, berbudi bahasa dan selayaknya dihormati sebagai pemimpin-pemimpin negara. Oleh itu, kajian ini akan memanfaatkan data penyata rasmi perbahasan parlimen bagi mencungkil apakah strategi kesantunan dan ketaksantunan yang digunakan ahli-ahli parlimen sewaktu bersidang. Data dianalisis dengan menggunakan teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987), Model Kesantunan Noriati A. Rashid (2005) dan model ketaksantunan Culpeper (1996, 2005) dan Culpeper et al., (2003). Kajian ini juga dapat memperlihatkan sejauh manakah ahli-ahli majlis parlimen di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan mematuhi aspek kesantunan berbahasa sewaktu berbahas.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar |
Divisions: | Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 03 Apr 2020 06:15 |
Last Modified: | 09 Apr 2020 02:43 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/46521 |
Actions (login required)
View Item |