Sebaran leksikal "ular" di negeri Johor berdasakan pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Saari, Khairul Ashraaf and Radzi, Harishon and Jalaluddin, Nor Hashimah (2019) Sebaran leksikal "ular" di negeri Johor berdasakan pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi (GIS). In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 38-43. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (785kB) | Preview

Abstract

Sebaran dialek mencerminkan pecahan pengkelasan subdialek yang wujud di sesuatu kawasan, contohnya di negeri Johor. Pemurnian penyebaran dialek di negeri tersebut secara tidak langsung dapat mencerminkan usaha pengkajian untuk memetakan isoglos dan koroplet terkini. Ekoran daripada stigma penutur yang memperagakan bentuk bahasa Melayu standard hanya wujud di negeri Johor, kajian ini mengambil inisiatif untuk memperincikan sebaran varian leksikal ‘ular’ secara lebih komprehensif. Kajian ini secara khusus bertujuan mengenal pasti sebaran varian dialek Melayu di keseluruhan Johor, menghuraikan perubahan leksikal bersandarkan angkubah linguistik dan angkubah bukan linguistik serta mencirikan bentuk sebaran menerusi paparan peta isoglos dan peta koroplet di kawasan penyelidikan. Justeru, kajian ini memberikan tumpuan kepada penyebaran varian leksikal ‘ulɑr’ di 10 daerah kawasan kajian. Data diperoleh daripada soal selidik terhadap 900 responden yang meliputi pelbagai lapisan umur. Penyelidikan ini merupakan suatu bentuk kajian multidisiplin yang menggabungkan bidang linguistik dan teknologi berbantukan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) berteraskan pendekatan deskriptif geolinguistik. Dapatan membuktikan bahawa terdapat tiga pengelasan dialek Melayu yang wujud di negeri Johor dengan paparan sebanyak lapan varian bagi mewakili leksikal kajian. Selain itu, kajian ini juga mampu memperagakan peta sebaran dialek dan faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini bakal menjadi salah satu lanjutan dimensi penyelidikan sebaran varian di Malaysia yang berteraskan integrasi teknologi.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 02 Apr 2020 05:28
Last Modified: 09 Apr 2020 02:42
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46520

Actions (login required)

View Item View Item
Share