Proses penasalan dan asimalasi Bahasa Melayu peranakan Fuzhou, Sibu, Sarawak

Jong, Hui Yingi and Kassini, Tajul Aripin and Wan, Azni Wan Mohamad (2019) Proses penasalan dan asimalasi Bahasa Melayu peranakan Fuzhou, Sibu, Sarawak. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 30-37. ISBN 9789674614331

[img]
Preview
PDF
Download (688kB) | Preview

Abstract

Kajian ini tertumpu pada pengaruh proses penasalan dan proses asimilasi dalam ujaran orang Fuzhou, Sibu, Sarawak. Dalam bahasa Melayu peranakan Fuzhou, proses asimilasi berlaku seperti yang berlaku dalam bahasa Melayu standard, iaitu pada bahagian sempadan kata- imbuhan awalan /meŋ/ dengan kata dasar yang bermula dengan fonem /b/, /d/, /g/, /p/, /t/, /k/, /c/, dan /j/. Awalan nasal yang digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan tak bersuara, maka bunyi konsonan tersebut akan hilang lalu digantikan dengan bunyi nasal yang sama daerah dengan artikulasinya (hormoganik). Penggunaan data hasil transkripsi rakaman video daripada dua orang remaja. Kajian ini menggunakan teknik persampelan tak rawak berdasarkan persampelan bertujuan. Kajian ini untuk mengenal pasti terdapatnya proses penasalan dan proses asimilasi berlaku dalam bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Fuzhou dan mengemukakan penjelasan yang teoretis tentang proses penasalan dan proses asimilasi tersebut dengan berlandaskan teori autosegmental.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA)
Depositing User: Puan Sukmawati Muhamad
Date Deposited: 02 Apr 2020 02:45
Last Modified: 09 Apr 2020 02:38
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46519

Actions (login required)

View Item View Item
Share