Ahmad, Shafique Mohd Abdillah and Hasmidar, Hassani (2019) Analisis visual komik Zunar berdasarkan semiotik Peirce dan teori relevans. In: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 9-20. ISBN 9789674614331
|
PDF
Download (904kB) | Preview |
Abstract
Kemajuan teknologi hari ini telah memberikan impak yang cukup besar terhadap aktiviti dan gaya hidup manusia seharian. Impak ini lebih ketara pada media massa dan medium komunikasi yang ada pada hari ini sama ada yang berbentuk audio mahupun visual. Salah satu media yang turut menerima kesannya ialah majalah humor atau komik yang semakin maju dan bergerak pantas dari segi penghasilan dan penyebaran karyanya. Majalah humor atau komik hari ini bukan sahaja diterbitkan secara bercetak malahan diterbitkan secara atas talian juga dan ia boleh diakses melalui pelbagai aplikasi yang ada. Perkembangan industri komik ini memberikan isyarat bahawa medium komik turut berperanan dalam memberikan hiburan, maklumat, kritikan dan sindiran kepada masyarakat pada hari ini. Peranan komik sebagai medium kritikan sangat ketara dan didapati memberikan kesan pada pembaca sekitar 2014 hingga sekarang tentang isu-isu politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi di Malaysia. Justeru, bagi memperlihatkan bahawa komik ini merupakan satu bentuk komunikasi yang sangat ostensif yang mampu menyampaikan maklumat dengan cara yang sangat jelas dan berkesan, maka satu kajian diketengahkan bagi mengkaji komik Zunar yang berkisarkan isu politik Malaysia dengan menggunakan pendekatan semiotik Peirce dan Teori Relevans. Dengan menggunakan kedua-dua teori ini, cara mana bentuk visual sebagai kod komunikasi dapat diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya bagi mencapai maksud yang sebenar dapat dijelaskan dengan empiris dan berpada berdasarkan idea-idea yang digagaskan oleh teori yang tersebut.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar |
Divisions: | Koleksi Penganjuran Persidangan (Conference Collection) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Seminar Linguistik & Bahasa (SLIBA) |
Depositing User: | Puan Sukmawati Muhamad |
Date Deposited: | 31 Mar 2020 03:45 |
Last Modified: | 09 Apr 2020 02:39 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/46515 |
Actions (login required)
View Item |