Kajian Perbandingan Pelaksanaan Dasar Kerajaan Elektronik Di Peringkat Kerajaan Tempatan Terpilih

Hasbullah, Hasmawati (2014) Kajian Perbandingan Pelaksanaan Dasar Kerajaan Elektronik Di Peringkat Kerajaan Tempatan Terpilih. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (283kB) | Preview

Abstract

Kerajaan elektronik dirujuk sebagai penyampaian perkhidmatan dan maklumat melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh kerajaan (West, 2004; Gupta, 2004; Evans & Yen, 2006). Senario semasa menyaksikan bahawa pelaksanaan kerajaan elektronik kini menjangkau sehingga ke peringkat kerajaan tempatan. Maka, kajian ini bertujuan untuk menyelidiki faktor-faktor yang mendorong perkembangan inisiatif kerajaan elektronik dan perbandingan dasar yang wujud di peringkat kerajaan tempatan yang terpilih di Pulau Pinang dan Selangor. Selain itu, kajian ini akan merungkai apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh institusi yang terlibat di sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan sebanyak empat kumpulan fokus telah terlibat mewakili empat institusi kerajaan tempatan. Informan yang terlibat adalah dari kalangan kakitangan yang mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan kerajaan elektronik di organisasi mereka. Pengkaji juga menggunakan sumber sekunder seperti pelan strategik ICT dan laporan tahunan bagi mendapatkan hasil kajian yang optimum. Kawasan kajian yang terlibat adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai di Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Selangor. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah manual dan perisian Nvivo.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Access full text: Off Campus Log In Via OpenAthens
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 04 Mar 2020 07:06
Last Modified: 04 Mar 2020 07:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46428

Actions (login required)

View Item View Item
Share