Dumidae, Muhammad
(2011)
Konsep Tiada Paksaan Beragama Dalam Islam Kajian Pemikiran Muhammad Rasyid Rida.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Tesis ini membincangkan tentang beberapa pendapat seorang tokoh reformis
Islam, Sheikh Muh�ammad Rasyid Rid�a�, dalam tafsirnya terhadap ayat ‘ �
�
��� �
���
’ (tiada paksaan dalam agama [Al-Baqarah: 256]) dan hubungannya dengan
jenayah murtad. Tesis ini juga menganalisa perselisihan yang wujud antara pendapat
beliau dan pendapat para fuqaha dan ahli tafsir yang lain berkenaan tafsir ayat
tersebut termasuklah pendapat berkaitan hukuman bunuh ke atas orang murtad.
Tesis ini sangat penting untuk dibahaskan memandangkan masih tiada sebarang
penyelidikan khusus yang dilakukan terhadap tafsir ayat tersebut menurut
pandangan beliau, begitu juga dengan persoalan hukuman bunuh ke atas orang
murtad yang masih dipertikaikan pada hari ini. Tambahan lagi, isu ini perlu dikaji
dan dibincangkan memandangkan ia mempunyai impak yang besar terhadap seluruh
umat Islam, khasnya masyarakat Muslim di Malaysia. Oleh itu, tesis ini
menghimpunkan dan menganalisa pendapat Sheikh Mu�ammad Rasyid Ri�a� serta
komen-komen beliau terhadap isu konsep tiada paksaan beragama dalam Islam dan
hukuman orang murtad. Sumber kajian diperolehi melalui penelitian terhadap karya
Sheikh Mu�ammad Rasyid Ri�a�, terutamanya karya agung beliau, Tafsir Al-Mana�r
dan Majalah Al-Mana�r. Hasil kajian mendapati terdapat banyak salah faham yang
timbul berikutan penyalahtafsiran ayat tersebut. Maka, tesis ini mengenengahkan
dalil-dalil yang jelas berdasarkan pendapat-pendapat beliau yang bertentangan
dengan sarjana Islam yang lain agar isu ini dapat diselesaikan.
Actions (login required)
|
View Item |