Hussin, Norliza
(2004)
Anziati dan kemurungan dalam
kalangan ibu bapa yang mempunyai
anak-anak yang mengalami penyakit kronik
of Hospital Universiti Sains Malaysia.
Other thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
PENDAHULUAN: lbu bapa merupakan orang panting dalam memberi kasih
sayang kepada an~~ m ereka. Oleh itu perasaan anziati dan kemurungan akan
wujud apabila anak mer~ka didiagnosakan berpenyakit kronik. Anziati dan
kemurungan yang teruk boleh menyebabkan risiko kepada penyakit psikologi dan
fizikal kepada ibu bapa (Arrol, Lloyd, Kerse, Klin dan Browne, 2003). Laporan
kajian berkaitan anziati dan kemurun_gan dalam kalangan ibu bapa yang
mempunyai anak yang mengalami penyakit kronik di Malaysia tidak diperolehi.
Kajian penyelidik ini merupakan kajian pertama dalam kalangan masyarakat
Kelantan terutamanya di Hospital Universiti Sains Malaysia.
OBJEKTIF: Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui kadar peratusan
insiden anziati dan kemurungan dalam kalangan ibubapa yang mempunyai anakanak
berpenyakit kronik di HUSM serta perkaitan penyakit kronik anak - anak
dengan anziati dan kemurungan ibu bapa. Objektif ketiga adalah untuk
mengetahui faktor lain yang mempunyai perkaitan dengan anziati dan
kemurungan
METADOLOGI: Kajian keratan rentas ini telah dijalankan kepada ibu bapa yang
hadir semasa tarikh temujanji rawatan anak-anak mereka di klinik Pediatrik di
HUSM. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidikmengandungi maklumat demografi ibu bapa dan anak, skala ' H - A - D - S
(HADS) untuk mengukur anziati dan kemurungan dan skala Penyesuaian
Perubahan Sosial untuk mengukur faktor berkaitan penyesuaian sosial. Index
skor 7 skala HADS menunjukkan ibu bapa mengalami anziati dan skala PPS
dikategorikan kepada tiga < 150, 150 - 300 dan > 300.
KEPUTUSAN: Seramai 1'00 orang ibu bapa terlibat dalam kajian ini dan didapati
28.0o/o ibu bapa mengalami anziati dan 56.0°/o ibu bapa mengalami kemurungan.
Bagi Penyesuaian Perubahan Sosial didapati 18o/o ibu bapa mendapat skor
melebihi > 300 ini mungkin disebabkan perubahan dalam kedudukan kewangan di
mana kekerapan ibu bapa menjawab ya adalah 40 orang.
RUMUSAN: Anziati dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai
anak-anak yang mengalami penyakit kronik di HUSM. Oleh yang demikian
peranan jururawat amat penting untuk membendung anziati dan kemurungan
dalam kalangan ibu bapa. Seramai 18 orang ibu · bapa tersebut perlu
mendapatkan khidmat kaunseling dan rawatan pemeriksaan fizikal bagi
mencegah mendapat penyakit. Tahap kesihatan iou bapa juga penting untuk
melaksanakan tanggungjawab menjaga anak-anak yang sakit.
Actions (login required)
|
View Item |