Umar, Norfaezah Che
(2004)
Meninjau pengetahuan jururawat kebidanan berkaitan pengesanan dan pencegahan penyakit kemurungan selepas kelahiran di Hospital Kota Bharu, Kelantan.
Meninjau pengetahuan jururawat kebidanan berkaitan pengesanan dan pencegahan Penyakit kemurungan selepas kelahiran dl Hospital Kota Bharu Kelantan.
(Submitted)
Abstract
Pengenalan: Kemurungan selepas kelahiran adalah satu penyakit
emosi yang serius, lazim berlaku serta boleh dirawat; yang sering
dilihat di kawasan klinikal utama. Kemurungan selepas kelahiran
adalah "thief that steal the motherhood" yang memberikan impak
negatif pada seluruh keluarga. Kemurungan selepas kelahiran
mengancam perhubungan suami-isteri, merencatkan perkembangan
emosi, kognitif serta tumbesaran anak dan menjadikan ibu berisiko
tinggi mengalaminya pada masa akan datang. Walaubagaimanapun
jururawat kebidanan gagal bertindak sebagai "primary case finder"
untuk melakukan langkah mengesan dan mencegah awal penyakit ini
di kawasan klinikal. Keadaan ini disebabkan oleh jururawat kebidanan
kekurangan pengetahuan professional berkaitan penyakit kemurungan
selepas kelahiran terutamanya dalam aspek pengesanan dan
pencegahan.
Objektif kajian: Kajian yang telah dijalankan ini bertujuan untuk
meninjau pengetahuan jururawat kebidanan berkaitan pengesanan
dan pencegahan penyakit kemurungan selepas kelahiran.
Metodologi: Kajian ini telah dijalankan di Unit Obsteterik dan
Ginekologi Hospital Kota Bharu bermula dari September hingga
Oktober 2003. Sejumlah 78 orang jururawat kebidanan dari kawasan
klinikal utama iaitu Klinik Obsteterik dan Ginekologi, Wad Ginekologidan Wad-wad Materniti terlibat didalam kajian ini. Mereka telah
menjawab soalan soal-selidik tentang pengetahuan pengesanan dan
pencegahan penyakit kemurungan selepas kelahiran.
Keputusan: Daripada 78 orang jururawat yang menyertai kajian
didapati 39 orang (50o/o) tidak mempunyai pengetahuan yang baik
tentang pengesanan penyakit kemurungan selepas kelahiran. Hanya
6.4%) (5 orang) jururawat mempunyai pengetahuan yang sangat baik
diikuti dengan 43.6o/o (34 orang) yang lain mempunyai pengetahuan
yang baik. Dalam aspek pengetahuan pencegahan pula didapati
24.3°/o (19 orang) jururawat kebidanan mempunyai pengetahuan yang
baik manakala 14.1 °/o (11 orang) jururawat mempunyai pengetahuan
yang sangat baik. Sejumlah 61.6o/o (48 orang) jururuwat kebidanan
tidak mempunyai pengetahuan pencegahan yang baik berkaitan
penyakit kemurungan selepas kelahiran. Kajian juga menunujukan
tiada perkaitan yang jelas diantara tempat bertugas, durasi kerja,
tahun latihan perbidanan dan kursus/seminar yang dihadiri dengan
pengetahuan pengesanan dan pencegahan mereka tentang penyakit
ini.
Kesimpulan: Pengetahuan jururawat kebidanan yang kurang dalam
aspek pengesanan dan pencegahan adalah berpunca dari kurangnya
pengetahuan profesional yang diterima mereka tentang penyakit inisemasa latihan dan juga ketika bertugas. Untuk membolehkan
jururawat kebidanan menjalankan peranan pengesanan dan
pencegahan penyakit kemurungan dan memberikan penjagaan
kesihatan psokososial yang berkesan kepada ibu; mereka mesti
diberikan pendidikan yang meluas tentang penyakit ini.
Actions (login required)
|
View Item |