Pengaruh Langsung Dan Tidak Langsung Faktor-Faktor Persekitaran Dayah Tradisional Aceh Dalam Pembentukan Insan Kamil

Anshari, Ismail (2013) Pengaruh Langsung Dan Tidak Langsung Faktor-Faktor Persekitaran Dayah Tradisional Aceh Dalam Pembentukan Insan Kamil. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (410kB) | Preview

Abstract

Dayah Tradisional Aceh ialah sekolah berasrama penuh yang mengajarkan ilmu wahyu untuk membina dan melahirkan warga Muslim yang berpengetahuan tinggi dalam agama Islam, bertaqwa, dan mengamalkan ilmunya. Tanggapan umum ialah program pengajaran di dayah adalah berbentuk latih tubi dan hafalan semata-mata, tetapi sebenarnya dayah mengamalkan pelbagai strategi pengajaran yang moden seperti service-learning, perantisan kognitif, situated learning dan fading di dalam membangunkan penguasaan ilmu pengetahuan dan keimanan dan ketaqwaan. Kajian ini meninjau keberkesanan dayah Aceh di dalam menerap keimanan dan ketaqwaan dalam kalangan pelajarnya dengan menggunakan model persamaan berstruktur yang dapat memperjelaskan hubungan-hubungan langsung dan tidak langsung di antara faktor-faktor kesungguhan belajar dan pengalaman service-learning ke atas penguasaan ilmu pengetahuan, Iman, Ihsan, dan amal soleh. Ihsan dan amal soleh diklasifikasikan sebagai faktor-faktor taqwa aras tinggi dan mereka dipacu oleh Ilmu pengetahuan dan Iman. Juga dikaji ialah kesan fading terhadap faktor-faktor ini. Model terhipotesis dibina berpandukan model penilaian keberkesanan institusi Input-Environment-Outcome (I-E-O) yang dimajukan oleh Astin (1993). 250 pelajar tahun akhir dari lima dayah tradisional Aceh terkemuka telah dipilih untuk kajian ini. Data dikutip menggunakan satu soalselidik yang dibina untuk kajian ini dan satu soalselidik kualiti sekolah berasaskan model Malcolm Baldrige Education yang diubahsuai untuk konteks dayah.

Item Type: Thesis (PhD)
Additional Information: Access full text: Off Campus Log In Via OpenAthens
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 06 Feb 2020 08:39
Last Modified: 06 Feb 2020 08:39
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46113

Actions (login required)

View Item View Item
Share