Penghasilan Hidroksiapatit Menggunakan Kaedah Pengaktifan Mekanik

Zakaria, Azlila (2013) Penghasilan Hidroksiapatit Menggunakan Kaedah Pengaktifan Mekanik. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kaedah pengaktifan mekanik merupakan suatu kaedah yang moden, mudah dan ekonomi bagi menghasilkan hidroksiapatit. Kaedah ini boleh digunakan untuk mensintesiskan hidroksiapatit melalui tindakbalas kimia yang berlaku akibat penyerapan tenaga menerusi aktiviti pelanggaran mekanikal. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji parameter pengisaran terbaik dalam penghasilan hidroksiapatit fasa tunggal. Selain itu, parameter optimum yang dipilih ini boleh memenuhi objektif utama kajian iaitu untuk menjimatkan masa dan tenaga yang digunakan. Mesin pengisar planetari telah digunakan untuk menindakbalaskan bahan mula kalsium hidroksida dan kalsium hidrogen fosfat terhidrat. Parameter pengisaran yang dikaji ialah tempoh pengisaran, media pengisar, nisbah berat bebola kepada berat sampel dan juga kelajuan pengisaran. Setelah itu, ujian pencirian iaitu saiz partikel, mikroskop elektron imbasan (SEM), mikroskop elektron penghantaran (TEM) dan bioaktiviti (SBF) telah dilakukan untuk menentukan sifat-sifat hidroksiapatit yang diperolehi. Hidroksiapatit fasa tunggal dengan parameter yang optimum boleh diperolehi dalam tempoh 2 jam pengisaran, menggunakan media keluli nirkarat, nisbah berat bebola kepada berat sampel sebanyak 10:1 dan kelajuan pengisaran 300 rpm. Parameter ini bukan sahaja memenuhi objektif kajian dari segi penjimatan masa dan tenaga, ia juga menghasilkan hidroksiapatit bersaiz dalam julat nano iaitu saiz partikel 30 nm bagi purata panjang dan 9 nm bagi purata lebar. Selain itu, sampel juga diperhatikan mempunyai bentuk partikel bak rod menerusi TEM. Kebioaktifan sampel serbuk telah disahkan melalui ujian in-vitro (SBF).

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Access full text: Off Campus Log In Via OpenAthens
Subjects: T Technology > TN Mining Engineering. Metallurgy > TN1-997 Mining engineering. Metallurgy
Divisions: Kampus Kejuruteraan (Engineering Campus) > Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral (School of Material & Mineral Resource Engineering) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 31 Jan 2020 01:51
Last Modified: 31 Jan 2020 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/46053

Actions (login required)

View Item View Item
Share