Tinjauan pengetahuan dan amalan senaman Otot lantai pelvik dalam kalangan Wanita selepas bersalin di Klinik Kesihatan Muar

Wahab, Noorlizan (2004) Tinjauan pengetahuan dan amalan senaman Otot lantai pelvik dalam kalangan Wanita selepas bersalin di Klinik Kesihatan Muar. Tinjauan pengetahuan dan amalan senaman Otot lantai pelvik dalam kalangan Wanita selepas bersalin di Klinik Kesihatan Muar. (Submitted)

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

LATARBELAKANG KAJIAN ''Urinary incontinence" walaupun dianggap sebagai masalah biasa dalam kalangan wanita , namun ianya merupakan masalah kesihatan yang lcronik dan kerapkali menjejaskan kualiti kehidupan wanita yang mengalaminya. Proses kehamilan dan kelahiran adalah faktor risiko utama yang menyumbang kepada perkembangan masalah "urinary incontinence". Terdapat banyak penyelidikan membuktikan bahawa amalan senaman otot lantai pelvik merupakan kaedah rawatan konservatif yang utama dalam mencegah, merawat ataupun mengurangkan masalah "urinary incontinence" dalam kalangan wanita terutamanya wanita hamil dan selepas bersalin. OBJEKTIF KAnAN Meninjau pengetahuan dan amalan senaman otot lantai pelvik dalam kalangan wanita selepas bersalin di Klinik Kesihatan Muar. KAEDAH KAnAN Kajian ini bercorak kuantitatif menggunakan kaedah deskriptif data yang diperolehi secara temuramah menggunakan borang soal selidik. Pemilihan subjek adalah secara "randomised sampling". Kajian dilakukan di II buah klinik kesihatan di Daerah Muar, dalam lingkungan 25 kilometer daripada Pejabat Kesihatan Muar. Sebanyak 143 orang wanita selepas bersalin yang hadir di 11 buah klinik kesihatan terpilih bersetuju untuk menyertai kajian ini setelah memenuhi kriteria seperti berikut; primigravida I multigravida, postpartum 1-3 bulan dan pernah bersalin secara vagina. Setiap subjek diperuntukkan masa selama 20 - 30 minit untuk melengkapkan dan mengumpul maklumat. KEPUTUSAN KAJIAN Keputusan min skor markah adalah 6.08 dengan julat an.tara 2 hingga 11. Dengan 56.6%(81) dikategorikan lemah, 34.3%(49) sederhana dan 9.1 %(13) baik. Berdasarkan perbezaan jelas yang ditunjukkan (p<0.005),wanita yang mempunyai tahap pendidikan SPM ke atas memperolehi skor markah yang tinggi ( 4 .85) daripada wanita yang mempunyai tahap pendidikan SRP ke bawah (2. 73). Perkaitan jelas juga ditunjukkan (p<0.005) antara tahap pencapaian akademik dengan penerimaan maklumat senaman otot lantai pelvik.W anita berkelulusan SPM ke atas lebih ramai mendapat maldumat (75.5%) berbanding wanita berkelulusan SRP kebawah (53.1 %). Sumber pemberi maklumat utama yang dikenalpasti adalah jururawat (45.5%). Dari segi amalan senaman, perkaitan yang jelas (p<0.005) ditunjukkan dimana wanita berkelulusan SPM ke atas lebih ramai mengamalkan senaman (67.0%) berbanding wanita berkelulusan SRP kebawah (36.7%).Selanjutnya, wanita yang mempunyai skor markah pengetahuan yang tinggi (6.47) ramai mengamalkan senaman otot Jantai pelvik, berbeza dengan wanita yang mendapat skor markah pengetahuan rendah (1.10) berdasarkan perbezaan jelas yang ditunjukkan (p<0.005). Majoriti wanita 49.0% (70) mengatakan kaedah penyampaian pendidikan kesihatan secara lisan nasihat/ceramah paling berkesan dan dapat membantu kefahaman mereka melakukan senaman otot lantai pelvik. RUMUSAN Hasil penyelidikan ini mendedahkan bahawa kaum wanita sedar pengetahuan dan amalan senaman otot lantai pelvik adalah penting untuk mereka. Dalam memberikan pendidikan kesihatan faktor seperti perbezaan sosio demografik dalam kalangan wanita harus dipertimbangkan supaya tidak berlaku pengabaian kepada wanita yang kurang pendidikan untuk akses sumber maklumat berkaitan senaman otot lantai pelvik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Urinary
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Article
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 22 Jan 2020 04:26
Last Modified: 22 Jan 2020 04:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45966

Actions (login required)

View Item View Item
Share