Wahab, Noorlizan
(2004)
Tinjauan pengetahuan dan amalan senaman
Otot lantai pelvik dalam kalangan
Wanita selepas bersalin
di Klinik Kesihatan Muar.
Tinjauan pengetahuan dan amalan senaman Otot lantai pelvik dalam kalangan Wanita selepas bersalin di Klinik Kesihatan Muar.
(Submitted)
Abstract
LATARBELAKANG KAJIAN
''Urinary incontinence" walaupun dianggap sebagai masalah biasa dalam kalangan
wanita , namun ianya merupakan masalah kesihatan yang lcronik dan kerapkali menjejaskan
kualiti kehidupan wanita yang mengalaminya. Proses kehamilan dan kelahiran adalah faktor
risiko utama yang menyumbang kepada perkembangan masalah "urinary incontinence".
Terdapat banyak penyelidikan membuktikan bahawa amalan senaman otot lantai pelvik
merupakan kaedah rawatan konservatif yang utama dalam mencegah, merawat ataupun
mengurangkan masalah "urinary incontinence" dalam kalangan wanita terutamanya wanita
hamil dan selepas bersalin.
OBJEKTIF KAnAN
Meninjau pengetahuan dan amalan senaman otot lantai pelvik dalam kalangan
wanita selepas bersalin di Klinik Kesihatan Muar.
KAEDAH KAnAN
Kajian ini bercorak kuantitatif menggunakan kaedah deskriptif data yang diperolehi
secara temuramah menggunakan borang soal selidik. Pemilihan subjek adalah secara
"randomised sampling". Kajian dilakukan di II buah klinik kesihatan di Daerah Muar, dalam
lingkungan 25 kilometer daripada Pejabat Kesihatan Muar. Sebanyak 143 orang wanita selepas
bersalin yang hadir di 11 buah klinik kesihatan terpilih bersetuju untuk menyertai kajian ini
setelah memenuhi kriteria seperti berikut; primigravida I multigravida, postpartum 1-3 bulan
dan pernah bersalin secara vagina. Setiap subjek diperuntukkan masa selama 20 - 30 minit
untuk melengkapkan dan mengumpul maklumat.
KEPUTUSAN KAJIAN
Keputusan min skor markah adalah 6.08 dengan julat an.tara 2 hingga 11. Dengan
56.6%(81) dikategorikan lemah, 34.3%(49) sederhana dan 9.1 %(13) baik. Berdasarkan
perbezaan jelas yang ditunjukkan (p<0.005),wanita yang mempunyai tahap pendidikan SPM
ke atas memperolehi skor markah yang tinggi ( 4 .85) daripada wanita yang mempunyai tahap
pendidikan SRP ke bawah (2. 73). Perkaitan jelas juga ditunjukkan (p<0.005) antara tahap
pencapaian akademik dengan penerimaan maklumat senaman otot lantai pelvik.W anita
berkelulusan SPM ke atas lebih ramai mendapat maldumat (75.5%) berbanding wanita
berkelulusan SRP kebawah (53.1 %). Sumber pemberi maklumat utama yang dikenalpasti
adalah jururawat (45.5%). Dari segi amalan senaman, perkaitan yang jelas (p<0.005)
ditunjukkan dimana wanita berkelulusan SPM ke atas lebih ramai mengamalkan senaman
(67.0%) berbanding wanita berkelulusan SRP kebawah (36.7%).Selanjutnya, wanita yang
mempunyai skor markah pengetahuan yang tinggi (6.47) ramai mengamalkan senaman otot
Jantai pelvik, berbeza dengan wanita yang mendapat skor markah pengetahuan rendah (1.10)
berdasarkan perbezaan jelas yang ditunjukkan (p<0.005). Majoriti wanita 49.0% (70)
mengatakan kaedah penyampaian pendidikan kesihatan secara lisan nasihat/ceramah paling
berkesan dan dapat membantu kefahaman mereka melakukan senaman otot lantai pelvik.
RUMUSAN
Hasil penyelidikan ini mendedahkan bahawa kaum wanita sedar pengetahuan dan
amalan senaman otot lantai pelvik adalah penting untuk mereka. Dalam memberikan
pendidikan kesihatan faktor seperti perbezaan sosio demografik dalam kalangan wanita harus
dipertimbangkan supaya tidak berlaku pengabaian kepada wanita yang kurang pendidikan
untuk akses sumber maklumat berkaitan senaman otot lantai pelvik.
Actions (login required)
|
View Item |