Komposit Hibrid Vinil Ester Diperkuat Gentian Tandan Buah Kosong Kelapa Sawit Dengan Gentian Kaca

Kang, Chen Wai (2011) Komposit Hibrid Vinil Ester Diperkuat Gentian Tandan Buah Kosong Kelapa Sawit Dengan Gentian Kaca. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (326kB) | Preview

Abstract

Peningkatan bahan buangan sisa pertanian dan penghasilan bahan sintetik (gentian kaca) telah menyumbang kepada pelbagai masalah alam sekitar. Hal ini telah menarik minat para saintis untuk mencari idea baru bagi mengatasi masalah ini. Alternatif kepada masalah ini, komposit hibrid vinil ester diperkuat gentian tandan buah kosong kelapa sawit dengan gentian kaca dihasilkan. Gentian tandan buah kosong kelapa sawit mempunyai dua jenis pemulpaan, iaitu pulpa mekanik dan pulpa kimia yang berbeza diguna untuk menghasilkan komposit-komposit terhibrid. Komposit hibrid laminat gentian tandan buah kosong kelapa sawit dan gentian kaca dihasilkan pada nisbah pecahan yang berlainan (pecahan isipadu gentian) antara laminat-laminat dalam bod komposit terhibrid [50:50, 60:40, 70:30, 80:10. 90:10] , 100% OPEFB dan 100% CSM. Ujian mekanikal (Fleksural, Tensil, dan Hentaman Charpy) dan kadar penyerapan air telah dijalankan. Analisis mikroskop penskanan electron turut dijalankan untuk mengkaji pengaruh faktor kualiti pelekatan antara gentian dengan matriks terhadap prestasi sifat mekanikal dan fizikal yang dipamerkan oleh komposit. Sifat mekanikal komposit hibrid vinil ester diperkuat gentian menunjukkan peningkatan dengan peratus berat pengukuh. Komposit Vinil Ester-OPEFB mempamerkan prestasi yang lebih rendah berbanding komposit Vinil Ester-CSM. Walau bagaimanapun, penambahan gentian kaca ke dalam komposit gentian tandan buah kosong kelapa sawit dapat memperbaiki sifat mekanikal dan fizikal komposit ini. Ujian terhadap kesan biologikal menunjukkan pengurangan kadar penyusutan sifat mekanikal komposit Vinil Ester- OPEFB dengan penambahan gentian kaca ke dalam komposit.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T175-178 Industrial research. Research and development
Divisions: Pusat Pengajian Teknologi Industri (School of Industrial Technology) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 15 Jan 2020 02:06
Last Modified: 15 Jan 2020 02:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45889

Actions (login required)

View Item View Item
Share