Kesan Penggunaan Sumber Sejarah Digital Melalui Portal Terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah

Muniandy @ Ramakrishnan, Renuka (2015) Kesan Penggunaan Sumber Sejarah Digital Melalui Portal Terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (21MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan sumber sejarah digital melalui portal terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kajian ini memfokuskan Sejarah Tingkatan 4; Bab 9: Perkembangan di Eropah. Sampel murid terdiri daripada 104 orang murid Tingkatan 4 dari tiga buah sekolah menengah di negeri Kedah. (Kumpulan Eksperimen 1 n = 33; Kumpulan Eksperimen 2 n = 34 dan Kumpulan Kawalan n = 37). Bagi tujuan mengkaji keberkesanan sumber sejarah digital, tiga jenis portal telah dibangunkan iaitu Portal Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT), Portal Sejarawan Maya Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT). PSMT menyediakan ruang kepada murid untuk meneroka sumber sejarah digital dari internet dalam keadaan terbimbing. Manakala PSMB pula memberi kebebasan sepenuhnya untuk murid mengakses dan mencari sendiri sumber sejarah digital dari internet.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
Date Deposited: 12 Dec 2019 02:48
Last Modified: 12 Dec 2019 02:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45839

Actions (login required)

View Item View Item
Share