Muniandy @ Ramakrishnan, Renuka
(2015)
Kesan Penggunaan Sumber Sejarah Digital Melalui
Portal Terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan sumber sejarah digital melalui portal terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kajian ini memfokuskan Sejarah Tingkatan 4; Bab 9: Perkembangan di Eropah. Sampel murid terdiri daripada
104 orang murid Tingkatan 4 dari tiga buah sekolah menengah di negeri Kedah. (Kumpulan Eksperimen 1 n = 33; Kumpulan Eksperimen 2 n = 34 dan Kumpulan Kawalan n = 37). Bagi tujuan mengkaji keberkesanan sumber sejarah digital, tiga
jenis portal telah dibangunkan iaitu Portal Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT), Portal Sejarawan Maya Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT). PSMT menyediakan ruang kepada murid untuk meneroka sumber sejarah digital dari internet
dalam keadaan terbimbing. Manakala PSMB pula memberi kebebasan sepenuhnya untuk murid mengakses dan mencari sendiri sumber sejarah digital dari internet.
Actions (login required)
|
View Item |