Pengaruh Keibubapaan, Kearifan Tempatan Dan Keberagamaan Terhadap Kematangan Emosi Dalam Pembentukan Status Identiti Diri Remaja

., Purwadi (2017) Pengaruh Keibubapaan, Kearifan Tempatan Dan Keberagamaan Terhadap Kematangan Emosi Dalam Pembentukan Status Identiti Diri Remaja. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (660kB) | Preview

Abstract

Pembentukan identiti diri merupakan satu tugasan remaja yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor serta sering menimbulkan perasaan dan tingkah laku negatif. Kajian ini menerokai sebahagian daripada faktor-faktor ini. Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh keibubapaan, kearifan tempatan, keberagamaan dan kematangan emosi terhadap pembentukan status identiti diri remaja. Peserta kajian ialah 625 orang remaja siswa sekolah menengah atas berusia 15-18 tahun di Daerah Istimewa Yogyakarta. Data kajian dikutip dengan menggunakan soal kajian yang meliputi instrumen keibubapaan, kearifan tempatan, keberagamaan dan status identiti diri yang dibina sendiri oleh pengkaji serta mempunyai koefisien kesahihan dan kebolehpercayaan yang baik.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 19 Sep 2019 01:17
Last Modified: 19 Sep 2019 01:17
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45481

Actions (login required)

View Item View Item
Share