Clinical characteristics of patients with positive carbapenem resistant enterobacteriaceae (CRE) and its genotype

Din@Mohamad, Nurul Izzah Md (2017) Clinical characteristics of patients with positive carbapenem resistant enterobacteriaceae (CRE) and its genotype. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (659kB) | Preview

Abstract

Pengenalan Carbapenem-resistant Enterobacteriaceae (CRE) adalah mikroorganisma yang sedang muncul dan berkembang di seluruh dunia dan bakal menimbulkan ancaman kepada tatacara penjagaan kesihatan. Gen yang boleh dipindah milik telah menyebabkan kerintangan kepada banyak kumpulan antibiotik yang membawa kepada kesukaran rawatan dan kadar kematian yang tinggi. CRE adalah biasanya berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Jangkitan invasif dengan CRE telah dikaitkan dengan kes kematian yang tinggi. Mengenal pasti pesakit dengan CRE positif adalah penting untuk menghalang penyebaran organisma berdaya tahan ini yang berpotensi untuk menyebabkan jangkitan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui signifikasi dan gen bagi CRE berserta perilaku klinikal setiap pesakit yang positif CRE di HUSM. Tatacara kajian Kajian ini dijalankan di Hospital Universiti Sains Malaysia bermula Ogos 2013 sehingga Disember 2015. CRE positif telah dikenal pasti daripada Makmal Mikrobiologi Perubatan & Parasitologi. CRE yang telah di kenalpasti kemudian diuji untuk gen bla-NDM. Semua yang negatif bla-NDM kemudiannya akan diuji untuk gen bla-IMP menggunakan teknik PCR. Rekod pesakit di semak dan kemudiannya data yang dikumpulkan dianalisa menggunakan perisian SPSS Statistik versi 22. Analisa secara deskriptif dijalankan bagi kedua-dua kategori danpemboleh ubah bebas berangka dan seterusnya diukur menggunakan frekuensi, peratusan dan median interquatile range (IQR) secara respektif. Bagi kategori analisa data, Fisher exact test and Pearson Chi-square test digunakan. Keputusan Antara 136 CRE sampel daripada 114 pesakit, 60 (44.1%) adalah daripada sapuan rektum diikuti oleh urin [25 (18.4%)], cecair badan [19 (14.0%)], darah [15 (11.0%)], kahak [9 (6.6%)] dan sapuan /tisu [8 (5.9%)]. Organisma yang paling banyak adalah Klebsiella pneumoniae (n= 126, 92.7%), diikuti oleh Enterobacter aerogenes (n=4, 2.9%), Enterobacter cloacae dan Klebsiella ozanae [dua (1.5%)]. Satu (0.7%) sampel adalah Citrobacter freundii dan Escherichia coli. Genotip yang paling banyak adalah bla-NDM1 (n=112, 82.4%) dan hanya satu (0.7%) bla-IMP. Kebanyakan daripada pesakit, 81(71.1%) telah dikoloni oleh CRE, 23 (20.2%) telah dijangkiti dan sepuluh (8.8%) pesakit adalah telah dikoloni dan kemudiannya dijangkiti. CRE kebanyakannya terjadi di kalangan pesakit yang sudah mempunyai penyakit lain sebelum ini (n=89, 78.1%). Darah tinggi (53.5%), kencing manis (43.9%) dan penyakit buah pinggang kronik (36.0%) adalah merupakan penyakit yang paling banyak ditemui. Kebanyakan pesakit mempunyai kemasukan ke hospital secara berpanjangan (n=90, 78.9%), kemasukan ke ICU (n=69, 60.5%) dan sejarah kemasukan ke hospital (n=70, 61.4%) semasa CRE di kesan. Jangkitan yang kerapkali berlaku adalah jangkitan saluran darah (n=14, 35.0%) dan pneumonia (n=14, 35.0%). CRE-Jangkitan saluran darah (p=0.002) dan CRE-pneumonia (p<0.001) adalah sangat berkait dengan kematian.Kesimpulan Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, adalah didapati kebanyakan daripada sampel CRE adalah Klebsiella pneumoniae dan kebanyakannya daripada pesakit yang telah di koloni CRE. Gen bla-NDM adalah gen yang paling banyak dikesan dalam sampel CRE. Lebih 50% daripada pesakit yang positif CRE adalah terdiri daripada mereka yang telah dimasukkan ke hospital secara berpanjangan, kemasukan ke ICU dan pernah dimasukkan ke hospital. Sebagai tambahan, CRE-jangkitan saluran darah and CRE-pneumonia adalah jangkitan yang paling banyak ditemui dan kebiasaannya mengakibatkan kematian.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Enterobacteriaceae, Genetics
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 22 Sep 2019 03:54
Last Modified: 22 Oct 2020 03:03
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45473

Actions (login required)

View Item View Item
Share