Ismail, Nurul Farah Adibah
(2017)
Aspirasi Pendidikan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Bandar Dan Luar Bandar Utara Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian lepas menunjukkan aspirasi pendidikan merupakan elemen penentu yang penting dalam pencapaian di sekolah dan di peringkat seterusnya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap aspirasi pendidikan, mengkaji hubungan di antara lokasi dengan tahap aspirasi pendidikan dan meneroka perkara-perkara yang mempengaruhi tahap aspirasi pendidikan pelajar tersebut. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti senarai rancangan yang dimiliki oleh pelajar untuk mencapai tahap aspirasi pendidikan tersebut. Responden kajian terdiri daripada pelajar Tahun 4, 5 dan 6 di 11 buah sekolah di kawasan utara Malaysia. Data kajian dikumpul dengan menggunakan dua kaedah. Data mengenai aspirasi pendidikan iaitu merangkumi perkara-perkara yang mempengaruhi telah dikumpulkan dengan mengedar borang soal selidik kepada 1088 orang pelajar.
Actions (login required)
|
View Item |