Abdullah, Nurazlin
(2017)
Kajian Terhadap Mineral Polimorf Sebagai Bukti Impak Meteorit Dan Kaitannya Dengan Bahan Asas Industri Litik Di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak, Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Bukit Bunuh adalah kawasan impak meteorit berdasarkan kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan dalam bidang geologi dan geofizik. Kajian ilmiah ini dilakukan bagi mengenal pasti kehadiran mineral polimorf tekanan tinggi dan mengukuhkan bukti bahawa Bukit Bunuh adalah kawasan impak meteorit. Kawasan kajian meliputi kawasan Bukit Bunuh, Lenggong, Perak. Pengambilan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah mendulang serta beberapa sampel batuan di lapangan. Jumlah sampel yang dipungut di lapangan adalah 95 sampe dan empat jenis batuan. Kajian makmal yang dilakukan adalah kaedah pemisahan cecair berat, XRD, XRF dan INAA bagi menganalisis sampel dulangan dan ujian UCS bagi kekuatan batuan.
Actions (login required)
|
View Item |