Kepimpinan Lestari Pengetua, Pengurusan Pengetahuan Organisasi Dan Tingkah Laku Inovatif Pengajaran Guru Di Sekolah Menengah Harian Berpencapaian Tinggi Di Utara Semenanjung Malaysia

Hashim, Noor Hashimah (2017) Kepimpinan Lestari Pengetua, Pengurusan Pengetahuan Organisasi Dan Tingkah Laku Inovatif Pengajaran Guru Di Sekolah Menengah Harian Berpencapaian Tinggi Di Utara Semenanjung Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (780kB) | Preview

Abstract

Perlakuan inovatif pengajaran guru amat berperanan dalam melestarikan kecemerlangan sekolah. Namun begitu, tingkah laku ini berkait rapat dengan gaya kepimpinan pengetua dan juga proses amalan pengurusan pengetahuan yang berlaku di dalam sesebuah sekolah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat perkaitan antara ketiga-tiga variabel di samping melihat tahap amalan bagi setiap variabel di sekolah yang dikaji. Pada masa yang sama, peranan pengurusan pengetahuan organisasi sebagai variabel mediator dalam hubungan antara kepimpinan lestari pengetua dengan tingkah laku inovatif pengajaran guru juga dikaji. Kaedah tinjauan dan temu bual separa berstruktur telah digunakan untuk memperoleh data.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 17 Sep 2019 06:54
Last Modified: 17 Sep 2019 06:54
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45444

Actions (login required)

View Item View Item
Share