Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, (MBKM)
(1992)
Dasar Buku Negara.
Dewan Bahasa Pustaka.
Abstract
Dasar Buku Negara telah disusun beberapa
tahun yang lalu dan ka li ini diterbitkan
untuk diedarkan kepada orang ramai, khususnya
mereka yang berkecimpung di dalam
bidang perbukuan. (ni adalah suatu usaha
yang baik supaya tujuan Dasar Buku Negara
ini dapat didedahkan dengan meluasnya dan
difahami oleh masyarakat umum.
Antara matlamat utama Dasar Buku Negara
ialah untuk meningkatkan taraf profesionalisme
di dalam industri perbukuan. Seiain itu ialah untuk
mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca dan bermaklumat.
Kedua-dua matlamat ini sekiranya tercapai bermakna
kita bukan sahaja mampu meningkatkan mutu penerbitan buku,
tetapi juga dapat memperkaya fikiran masyarakat kita. Kadar
celik huruf yang agak tinggi di negara ini perlu dipupuk dengan
tabiat suka membaca. Tetapi itu sahaja belumlah memadai kalau
bahan bacaan yang dibaca itu kurang bermutu dan kurang mencabar.
Kanak-kanak seharusnyalah didedahkan kepada bahanbahan
bacaan yang boleh memperkaya akal, akhlak dan fikiran
rakyat jelata.
Actions (login required)
|
View Item |