Omran Zailuddin, Mohd Firdaus Naif
(2017)
Interpretasi Karya Seni Visual Terpilih Bakat Muda Sezaman (2000-2013) Dari Konteks Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Bakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni visual anjuran Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang paling berprestij di Malaysia. 40 tahun penganjurannya telah berjaya melahirkan ramai artis ternama yang kini menjadi pelopor dalam arena seni visual Malaysia dan serantau. Sesuai dengan kekuatan BMS sebagai cerminan masa depan seni visual Malaysia dan peranan seni sebagai wadah budaya bangsa, objektif kajian bertujuan untuk menganalisis dan seterusnya merungkai karya-karya seni visual terkini artis Malaysia dari perspektif budaya kebangsaaan melalui platform BMS dari tahun 2000 hingga 2013.
Actions (login required)
|
View Item |