Kesan Pengajaran Menggunakan Modul Konkrit, Gambar, Abstrak (KGA) Terhadap Pencapaian Dan Pengekalan Pencapaian Murid Tahun Empat SJKC Dalam Pecahan

Cheow, Jack Shiung @ Tony (2017) Kesan Pengajaran Menggunakan Modul Konkrit, Gambar, Abstrak (KGA) Terhadap Pencapaian Dan Pengekalan Pencapaian Murid Tahun Empat SJKC Dalam Pecahan. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (572kB) | Preview

Abstract

Dalam mata pelajaran matematik, topik pecahan merupakan salah satu topik yang penting. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi penekanan kepada topik pecahan dalam KSSR di mana topik pecahan mula didedahkan kepada murid bermula dari Tahun Satu. Walau bagaimanapun, ramai murid di sekolah rendah masih menghadapi masalah dalam topik pecahan. Jadi, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan modul konkrit, gambar dan abstrak (KGA) terhadap pencapaian dan pengekalan pencapaian murid Tahun Empat SJKC dalam topik pecahan. Kajian ini juga mengkaji persepsi murid SJKC terhadap pembelajaran pecahan menggunakan modul KGA. Seramai 146 orang murid dari dua buah sekolah SJKC di Kota Kinabalu, Sabah dipilih menyertai kajian ini.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 10 Sep 2019 07:06
Last Modified: 10 Sep 2019 07:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45364

Actions (login required)

View Item View Item
Share