Cheow, Jack Shiung @ Tony
(2017)
Kesan Pengajaran Menggunakan Modul Konkrit, Gambar, Abstrak (KGA) Terhadap Pencapaian Dan Pengekalan Pencapaian Murid Tahun Empat SJKC Dalam Pecahan.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Dalam mata pelajaran matematik, topik pecahan merupakan salah satu topik yang penting. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi penekanan kepada topik pecahan dalam KSSR di mana topik pecahan mula didedahkan kepada murid bermula dari Tahun Satu. Walau bagaimanapun, ramai murid di sekolah rendah masih menghadapi masalah dalam topik pecahan. Jadi, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan modul konkrit, gambar dan abstrak (KGA) terhadap pencapaian dan pengekalan pencapaian murid Tahun Empat SJKC dalam topik pecahan. Kajian ini juga mengkaji persepsi murid SJKC terhadap pembelajaran pecahan menggunakan modul KGA. Seramai 146 orang murid dari dua buah sekolah SJKC di Kota Kinabalu, Sabah dipilih menyertai kajian ini.
Actions (login required)
|
View Item |