Tjoetra, Afrizal
(2017)
Transformasi Organisasi Masyarakat Sivil Dan Kelestarian Perdamaian Di Aceh, Indonesia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini dilakukan untuk menganalisis peranan yang dimainkan oleh Organisasi Masyarakat Sivil (OMS) di Aceh pada era konflik, pasca bencana tsunami, serta pasca MoU Helsinki. Persoalan utama yang ditimbulkan oleh kajian ini adalah sama ada usaha yang dilakukan OMS itu telah menyumbang kepada penyelesaian konflik Aceh serta membantu mewujudkan perdamaian yang berkelanjutan. Penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalis data primer dan sekunder. Kumpulan data dianalisis mengikut kerangka teoritikal dan pemboleh ubah yang dibentuk melalui pengumpulan teori-teori dalam
bidang sosiologi, konflik, perdamaian, dan OMS. Kajian ini mendapati bahawa OMS di Aceh telah aktif melaksanakan pelbagai usaha pembinaan perdamaian dengan peranan yang berbeza.
Actions (login required)
|
View Item |