Pengaruh Faktor Demografi, Lokus Kawalan Dan Stail Berfikir Terhadap Personaliti Usahawan Berjaya Berdasarkan Teori Kerjaya Holland

Fadzil, Zaidi (2013) Pengaruh Faktor Demografi, Lokus Kawalan Dan Stail Berfikir Terhadap Personaliti Usahawan Berjaya Berdasarkan Teori Kerjaya Holland. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (136kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh Demografi,Lokus Kawalan dan Stail Berfikir terhadap personaliti usahawan berjaya di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara secara metod campuran. Bagi mencapai matlamat kajian ini, instrumen kajian untuk mengukur pembolehubah bersandar dan bebas telah dibentuk berdasarkan kajian-kajian awal. Pembolehubah bersandar yang terlibat dalam kajian ini adalah ujian personaliti kerjaya iaitu Vocational ‘Preference Inventory (VPI)’ (Holand, 1997). Manakala pengaruh variabel usahawan berjaya yang bertindak sebagai pembolehubah bebas ialah terdiri daripada ‘Locus of Control’ iaitu sistem kepercayaan diri (Rotter, 1967) dan Stail berfikir Sternberg yang berasaskan kepada ‘Mental Self Government’(Sternberg 1997). Soal selidik telah dibentuk dan diedarkan kepada 405 orang usahawan berjaya di wilayah utara semenanjung. Seramai 252 orang usahawan telah memulangkan borang soal selidik yang telah diisi dengan lengkap. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program ‘Statistical Package for Social Science (SPSS)’.Sementara itu, kajian secara kualitatif pula melibatkan seramai 10 orang usahawan Berjaya yang telah dikenalpasti bagi menjalankan kajian temubual. Analisis mendapati bahawa kod personaliti usahawan berjaya ialah ESR manakalakodpersekitaran Holland pula ialahESK. Menurut tafsiran Iachan (1984), kod inimempunyai hubungan yang kuat. Walau bagaimanapun, analisis menunjukkan pengaruh yang signifikan terhadap personaliti usahawan berjaya berdasarkan faktor demografi iaitu faktor pengalaman dan pengaruh keluarga.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 09 Aug 2019 07:42
Last Modified: 09 Aug 2019 07:42
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45232

Actions (login required)

View Item View Item
Share