Faktor-Faktor Penghalang Penglibatan Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Dalam Pembelajaran Atas Talian Di Universiti Sains Malaysia

Sim, Pei Wah (2013) Faktor-Faktor Penghalang Penglibatan Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Dalam Pembelajaran Atas Talian Di Universiti Sains Malaysia. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (99kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pelajar PJJ dalam penglibatan mereka di dalam pembelajaran atas talian di USM. Kajian ini juga mengkaji hubungan halangan-halangan ini dengan dimensi demografi iaitu etnik, umur, pekerjaan dan bidang pengajian. Sebanyak 614 orang pelajar yang mengikuti Program PJJ Kursus Intensif iaitu dari 21 November 2008 hingga 11 Disember 2008, Sidang Akademik 2008/2009 di USM telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dan analisis deskriptif, analisis faktor dan analisis inferens telah dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Terdapat enam halangan utama yang telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu halangan masa, halangan interaksi sosial, halangan teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur dan halangan kemahiran pra syarat. Antara keenam-enam halangan ini, halangan masa mencatat min yang tertinggi, diikuti halangan interaksi sosial, halangan teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur dan halangan kemahiran pra syarat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 06 Aug 2019 07:14
Last Modified: 06 Aug 2019 07:14
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45208

Actions (login required)

View Item View Item
Share