Pelancongan Pendidikan: Motif Pengajian Dan Ruang Pergerakan Pelajar Pascasiswazah Antarabangsa Universiti Sains Malaysia

Ramli, Ruzanna Syamimi (2013) Pelancongan Pendidikan: Motif Pengajian Dan Ruang Pergerakan Pelajar Pascasiswazah Antarabangsa Universiti Sains Malaysia. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (425kB) | Preview

Abstract

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan pendidikan yang popular di Asia Tenggara. Kepesatan pelancongan pendidikan adalah didorong oleh peningkatan pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian ke negara ini. Terdapat tiga asas utama yang membawa kepada permasalahan kajian ini iaitu kurangnya kajian tentang pelancongan pendidikan di Malaysia, pengaplikasian model dan idea pelancongan pendidikan serta situasi perkembangan semasa pendidikan tinggi negara. Objektif pertama kajian ini ialah untuk meneliti motif yang mendorong pelajar pascasiswazah antarabangsa memilih Malaysia sebagai destinasi pengajian sebelum pelaksanaan penyelarasan kalendar akademik negara dengan sesi pengajian peringkat antarabangsa. Objektif kedua, menentukan sumber dan faktor utama yang mendorong pelajar pascasiswazah antarabangsa memilih USM sebagai institusi pengajian tinggi di Malaysia. Objektif ketiga, mengenal pasti faktor, ruang dan arah pergerakan pelajar pascasiswazah antarabangsa sepanjang tempoh pengajian mereka di USM. Objektif keempat untuk meneliti manfaat penyertaan dalam aktiviti pelancongan pendidikan dan cadangan untuk meningkatkan penglibatan pelajar pascasiswazah antarabangsa dalam pelancongan pendidikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 06 Aug 2019 02:28
Last Modified: 06 Aug 2019 02:28
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45203

Actions (login required)

View Item View Item
Share