Keberkesanan penggunaan opsite dalam penjagaan tusukan lntravena pada pesakit neonat di wad Unit Rawatan lntenslf Neonat (NICU), Hospital Unlversiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan

Sivasangari,, S and H, Van Rostenberghe and Wan Ibrahim, Wan Pauzi (2003) Keberkesanan penggunaan opsite dalam penjagaan tusukan lntravena pada pesakit neonat di wad Unit Rawatan lntenslf Neonat (NICU), Hospital Unlversiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Latarbelakang: Septik neonat adalah berhubungkait dengan morbiditi dan mortaliti yang sangat tinggi. Penggunaan opsite adalah merupakan satu perawatan asas kejururawatan bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan neonat terutamanya yang mempunyai tusukan intravena bagi mengelak daripada kejadian infeksi serta mengurangkan kadar perkembangan septik neonat. Kesukarannya adalah disebabkan ciri - ciri klinikal yang lemah dan tidak spesifik. Objektif: 1. kenalpasti keberkesanan penggunaan opsite dalam penjagaan tusukan intravena pada neonat baru lahir di wad NICU, HUSM. 2. kenalpasti jumlah kes kejadian infeksi berkaitan dengan penggunaan tusukan intravena pada neonat baru lahir di wad NICU, HUSM. Metadologi: Corak kajian telah digunakan adalah 'Randomized Control Trial'. Dua ratus lima puluh bayi baru lahir telah masuk ke wad NICU di HUSM pada bulan Ogos hingga November 2002 telah diambil sebagai data kajian. Sampeldikumpul dengan mengikut cara 'Block Random'. Sampel dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu sebanyak 125 pesakit neonat dengan menggunakan opsite dan 125 pesakit neonat tanpa menggunakan opsite dalam penjagaan tusukan intravena. Demi menganalisa data kaedah 'Chi Square' dan 'Multiple Logistic Regression' telah digunakan dengan bantuan SPSS 1 0.0 mana kala P<0.005. Keputusan: Penggunaan opsite dalam penjagaan tusukan intravena pada pesakit neonat di NICU adalah berkesan (P<0.001 ). Sebanyak 5.6o/o (n = 125) yang menggunakan opsite, mendapat infeksi berbanding sampel yang tidak menggunakan opsite, 28.8°/o (n = 125) mendapat infeksi. Sebanyak 40% (n=6/ 15) dalam kumpulan dengan penggunaan opsite berbanding 41 o/o ( n=27/66) sampel tanpa penggunaan opsite yang menggunakan ventilator mendapat infeksi. Manakala bayi pramatang pula 4.9o/o (n=5/23) dalam kumpulan penggunaan opsite berbanding 28.2°/o (n=20/36) mendapat infeksi. Walau bagaimanapun dengan menggunakan kaedah 'Statistical Methods' 'Multiple Logistic Regression', penggunaan opsite adalah signifikan bagi bayi yang menggunakan ventilator dan juga bayi pramatang kerana penggunaan tanpa opsite menjadi pembolehubah be bas (independent variable). Kesimpulan: Secara Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa penggunaan opsite adalah amat berkesan dan berefektif dalam penjagaan tusukan intravena pada pesakit neonat di NICU.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Neonatology
Subjects: R Medicine > RJ Pediatrics
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 05 Aug 2019 04:10
Last Modified: 05 Aug 2019 04:10
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45192

Actions (login required)

View Item View Item
Share